Karnival amal sekolah SMK Mutiara Impian benar - benar diadakan besar - besaran pada hari itu. Kelihatan para pelajar dan pengunjung - pengujung luar turut sama memeriahkan karnival tersebut. Pelbagai gerai dan aktiviti yang menarik disediakan. Sungguh tahun itu lah karnival amal yang paling meriah yang pernah diadakan.
Hmmm meriah - meriah juga tapi asal aku ditugaskan buat kerja ni ? Inara mengutip satu persatu sampah sarap yang dibuang merata tempat dengan alat pengutip yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Hmm orang lain seronok aje dapat tugas yang best - best macam jaga gerai, tangkap gambar suasana karnival, jadi penyambut para pengunjung. Aku ? Hadap sampah yang entah manusia mana yang tak faham bahasa melayu orang suruh buang dalam tong sampah yang disediakan pun susah ke ? Tahu lah aku ni ahli kelab alam sekitar tapi takkan tugas kutip sampah kot ?
Bukkk !
Berselerak habis sampah yang Inara kutip hampir satu beg plastik tadi apabila tiba - tiba ada satu figura terlanggarnya.
" Ya Allah apa dosa aku ?" desis hati kecil Inara.
" Ehh sorry cikgu tak sengaja !"
Inara merenung kecil lelaki yang lebih tinggi di hadapannya kini. Oh cikgu Azrel ingatkan siapa tadi. Baru aku nak maki !
" Eh tak apa - tak apa..."
" Sorry cikgu ada hal urgent ni tak boleh nak tolong kamu kutip semula sampah - sampah ni...sorry ya.." kata cikgu Azrel seraya beredar dengan tergesa - gesa berlalu meninggalkan Inara.
" Apa la yang urgent sangat ? Hmm sakit perut lah tu ! Ke dah hujung - hujung ? " teka Inara. Hahaha pandai - pandai aje kau enn cakap cikgu Azrel tu sakit perut.
Inara mula mengutip semula sampah - sampah yang bertaburan itu. Dalam pada masa yang sama dia terjumpa satu benda yang agak asing di situ. Benda apa ?
Sebuah SD card kamera. Eh ? Siapa pulak yang buang ni ? Tanpa membuang masa, Inara mula mencapai benda asing itu.
" Arghhhh ! "
Kedengaran suara teriak seseorang yang tiba - tiba mula menarik perhatian Inara. Lantas dia memasukkan SD card tersebut ke dalam poket seluar treknya. Dia mula berlalu mencari dari mana datangnya teriakan tersebut. Diheret sekali plastik sampah yang masih setia ditangannya juga hahaha.Sayang betul dia dengan sampah ya ?
Orang ramai mula mengeremuni di suatu sudut. Ada juga yang masih berlari - lari menuju ke sudut itu. Kawasan yang dituju betul - betul di bawah bangunan tiga tingkat sekolah berdekatan tapak perhimpunan. Ada apa sebenarnya dekat situ ? Kenapa ramai sangat orang ?
" Wehh serious lah ? Dia bunuh diri ? "
" Haah. Tak sangka betul lah ! Tapi asal pulak bunuh diri time - time karnival macam ni ? "
Bual bicara beberapa pelajar yang berdekatan mula menimbulkan tanda tanya di benak Inara. Bunuh diri ? Siapa pulak yang bunuh diri ni ?
Inara masih berjalan perlahan mendekati kawasan yang dikeremuni orang - orang itu. Sesampainya saja di situ, Inara sedikit menepis perlahan beberapa orang yang menghalang jalannya. Debaran di dada juga kian terasa. Inara seakan - akan takut menerima kenyataan jika dia melihat benda yang tak sepatutnya.
Seketika Inara dapat melihat satu tubuh yang berlumuran dengan darah sedang terbaring kaku di atas jalan tar. Inara tersentak hebat !
" Arjuna..."
Apa yang dah jadi ni ? Kenapa dia.....
" Tolong ke tepi ! Beri laluan....beri laluan ! " arah cikgu Amran yang datang bersama beberapa petugas hospital yang baru sampai.
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Teen FictionARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...