Bab 18

1.4K 238 39
                                    

Melangkah saja Arjuna semula ke tanah air iaitu Malaysia adalah untuk mencari sesuatu yang hilang. Sesuatu apa ? Itu juga tidak Arjuna ketahui saat ini. Hmm setahun lebih kepergian Arjuna ke luar negara adalah untuk menjalani rawatan yang lebih baik dan canggih. Itu yang mempersingkatkan lagi tempoh kesembuhan Arjuna semula.

Arjuna meminta izin kepada orang tuanya untuk kembali ke Malaysia terlebih dahulu. Ikutkan lagi 2 tahun baru mereka sekeluarga balik ke sini. Lagi pula, Arjuna hendak datang melawat Ayyash adiknya di Sekolah Henry Gurney. Hmm ya Ayyash kini tinggal dan bersekolah di SHG bagi pemulihan akhlaknya.

Sepanjang tempoh perawatan Arjuna di luar negara tempoh hari, dia agak terganggu beberapa kali. Dia kerap mengalami mimpi yang aneh. Mimpi dirinya berinteraksi dengan seorang gadis yang keseluruhan agak samar - samar wajahnya. Arjuna sendiri tidak mengerti. Apakah petanda mimpi itu semua ? Siapa gadis itu ? Kekasihnya ke ? Atau hanya bayangan semata - mata. Kerana itu dia pulang ke Malaysia untuk mencari apa yang dia hilang itu ?

" Ya Allah...engkau berikan lah aku pertunjuk...bagi tanda tanya yang aku alami selama ini...jika benar gadis itu wujud....pertemukan lah aku dengan dia..dekatkan lah aku dengan dia...aku ingin sekali menemui dirinya...." doa itu lah sering terucap setiap kali selesai solatnya.

Seketika Arjuna mula melipat sejadahnya. Songkok dikepala dilepaskan juga dan diletakkan di atas meja yang berdekatan. Arjuna mula bangun seraya merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia memandang syiling kosong biliknya tika itu.

Entah mengapa wajah Inara, kawan sekelasnya yang baru dia kenali beberapa hari ini mula menyinggah. Arjuna teringatkan setiap tingkah laku dan riak wajah Inara. Dia tersenyum kecil sendiri.

" Inara..."gumam Arjuna perlahan. Nama yang cantik macam tuan dia. Suka betul Arjuna tengok wajah comel Inara. Rasa nyaman dan tenang. Kan best kalau gadis di dalam mimpinya itu adalah gadis yang sama iaitu Inara.

Alangkah bahagianya Arjuna saat itu jikalau semuanya menjadi kenyataan. Sumpah hatinya juga sudah mula terpaut pada Inara dalam diam. Namun kekadang dia masih menafikan itu semua. Kerana dia masih mencari gadis di dalam mimpinya...




Keesokan harinya, semua pelajar lelaki kelas 6 akaun rendah di minta untuk menolong beberapa cikgu untuk menyiapkan persiapan sukan tahunan. Maka hanya tinggal beberapa pelajar perempuan di kelas membuat kerja masing - masing. Banyak juga kelas diaorang hari ni cikgu tak masuk.

Inara hanya sibuk mengulang kaji pelajarannya. Ya dia malas nak buang masa. Tumpang ada masa free ni lebih baik dia cuba hadam apa yang dia tak faham masa cikgu ajar tadi. Yalah Inara bukannya fokus sangat pun waktu kelas tadi, kalau dah sibuk curi - curi tengok Arjuna daripada belakang kan ?

" Eh mana yang lain ? Arjuna ?" soal Tiara yang baru saja balik dari toilet. Dia masih tidak tahu tentang para pelajar lelaki yang harus menolong cikgu.

" Tolong cikgu siapkan persiapan sukan tahunan...."jawab Inara tanpa memandang Tiara langsung.

" Ohhh..." Tiara mula memandang sekeliling sebelum mula duduk di sebelah Inara.

Inara buat tak endah saja dengan Tiara. Bukan boleh nak layan dia ni sangat, buat sakit hati saja.

" Tumpang....diaorang tak ada kan....aku nak tanya kau something lah Inara..."

Inara mula menoleh. Memandang penuh tanda tanya ke arah Tiara.

" Tanya apa pulak ?"

Tiara mula tersenyum sedikit sinis.

" Kau jujur eh dengan aku...kau....suka...Arjuna ke ?"soal Tiara tiba - tiba soalan tersebut.

Inara sedikit tersentak.

Dear, Arjuna Where stories live. Discover now