Tiara dan Arjuna masing - masing mula menapak masuk ke kelas mereka pagi itu seperti biasa. Masing - masing mengambil tempat duduk mereka.
" Morning guys.." sapa Tiara ceria. Dia semakin pulih daripada penyakit senggugutnya.
Inara hanya tersenyum tipis dengan sapaan Tiara itu. Arjuna memandang sekilas Inara.
" Kau dah okay ke ? " soal Shafiy kepada Tiara.
" Dah okay dah.." jawab Tiara.
Terangguk - angguk Shafiy jadinya.
" Asal ? Kau risaukan aku ke ? " soal Tiara sengaja ingin mengusik.
Shafiy mencebik.
" Tak dak masa aku nak risaukan kau.."
" Ceh ! Tak apa lah...ada Arjuna yang risaukan aku...kan Arjuna ? " kata Tiara.
Inara sedikit tersentak kecil. Hatinya mula tidak senang. Arjuna mengerling kecil Tiara. Menyuruhnya untuk tidak bergaduh dengan Shafiy.
" Apa - apa aje lah kau..."kata Shafiy malas hendak melayan
Tergeleng - geleng kepala Arjuna melihat telatah adik kembarnya itu dengan Shafiy. Seketika dia mula memandang ke arah Inara. Kebetulan Inara juga memandang Arjuna ketika itu.
" Ermmm..err..."Arjuna ingin menyatakan sesuatu lagaknya.
Inara tidak menunggu lama, dia terus bangun.
" Kau nak pergi mana pulak ?" soal Shafiy.
Semua mata memandang ke arah Inara tika itu.
" Ermm nak pergi jumpa cikgu sejarah kejap.." bohong Inara seraya mula berlalu.
Semua hanya membiarkan Inara berlalu. Arjuna sedikit terkilan tidak sempat berkata apa - apa kepada Inara. Hmm dia nak mengelak daripada aku ke ?
" Mesti dia terasa pasal semalam kan ?" desis hati Arjuna.
Tiara pula hanya memandang sambil tersenyum kecil.
**********
Keesokan harinya, Tiara terpaksa datang ke sekolah sendirian. Tidak ada Arjuna yang menemani dirinya. Kenapa pulak ? Ya lah hari ni, Arjuna ada check up dekat hospital. Ikutkan Tiara malas nak datang sekolah dan dan ingin menemani abang Arjuna nya saja pergi check up namun Arjuna tidak mengizinkan itu semua sebab takut Tiara tertinggal pelajaran kelasnya.
Arjuna walaupun dia dah balik Malaysia, dia masih perlu menjalani beberapa rawatan dan check up seperti yang dia jalani di luar negara dulu.
Tiara menantikan kehadiran drivernya dan Arjuna di bas stop. Sering kali dia melirih ke arah jam di tangannya. Dia mendengus kecil apabila jam sudah berganjak pukul 4 petang, namun kelibat keretanya masih tidak kelihatan. Kawasan sekolah juga semakin sunyi. Ya lah hampir semua orang dah balik ke rumah masing - masing. Hanya tinggal dirinya saja di situ.
" Kalau tahu tadi aku naik aje bas dengan Inara..."ngomel Tiara sendiri. Tangan dikibas - kibaskan di hadapan muka. Panas !
Tiba - tiba telefon bimbit Tiara berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Dia pantas mengangkat panggilan tersebut apabila nama abang Arjuna yang tertera.
" Hello abang ! Lambatnya....ada dekat mana ?" disoal langsung seperti mesin gun.
" Hello..Tiara...abang...."
Tut.....tut...
Panggilan termati sendiri.
" Hello ?" soal Tiara serta merta melihat phonenya.
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Roman pour AdolescentsARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...