* Disuggestkan baca chapter ni dengan instrument di atas ni ya tq !*
Tubuh Inara akhirnya jatuh melorot. Cikgu Azrel hanya ketawa sinis. Senang dia melihat Inara sebegitu. Lemah ! Selemah - lemahnya. Namun matanya mula tertacap pada tangan Inara yang masih menggenggam erat sd card yang dia nak tu.
" Oh kau masih tak nak bagi eh sd card tu ?" soal Azrel seraya mula memijak - mijak tangan Inara yang masih menggenggam kuat.
Inara masih cuba untuk pertahankan sd card itu. Dia takkan mengalah sampai hujung nyawanya sekalipun.
" A..ku..takkan biarkan..kau...terlepas...kali ni..."ucap Inara tersekat - sekat menahan sakit diperutnya dan begitu tangannya.
" Kau memang sial lah ! "teriak Azrel seraya mula ingin menikam lagi perut Inara buat kali kedua.
" Abang Azrel ! " teriak Shafiy yang baru muncul lalu terus menyepak kuat tangan abangnya yang memegang pisau. Tubuh Azrel ditolak kuat juga oleh Shafiy. Jatuh tersembam dibuatnya Azrel. Shafiy mula memukul - mukul abangnya.Dia benar - benar tidak menyangka yang semua terjadi adalah kerja abangnya sendiri. Sungguh terkilan dia menjadi adik kepada Azrel selama ini. Ya, Shafiy sendiri juga baru mengetahui akan perbuatan abangnya selama ini.
" Inara ! " teriak Arjuna pula yang baru sampai di situ. Tanpa memikirkan apa - apa kepala Inara mula dipangku Arjuna.
Inara sudah tercungap - cungap. Semakin sulit rasanya dia untuk bernafas.
" Inara...tolong bertahan...tolong lah...."rayu Arjuna. Air matanya sudah merembes keluar. Dia menangis semahu - mahunya. Arjuna sudah ingat semuanya tentang Inara. Setelah dia mendengarkan segala pengakuan yang dibuat cikgu Azrel semasa dalam perjalanan ke ruangan ini, satu persatu detik pertemuan dia dan Inara mula kembali.
" Ar..juna.."sebut Inara akan nama satu - satunya lelaki yang sudah lama bertahta di hatinya.
" Inara...maafkan aku...aku terlambat untuk ingat kau ! Maafkan aku Inara...tolong jangan tinggalkan aku lagi...kau dah janjikan untuk tunggu aku sedar...." kata Arjuna. Air matanya yang mengalir tidak dipedulikan lagi. Tangannya juga menekup darah yang semakin mengalir keluar daripada perut Inara. Inara benar - benar kehilangan banyak darah ketika itu.
Inara tersenyum hambar. Lama kelamaan tangannya mula dihulurkan kepada Arjuna. Terlihat sebuah sd card yang digenggamnya sejak dari tadi.
" Buk..ti..awakk..."
Arjuna menggeleng pantas.
" Aku tak perlukan bukti lagi....Aku hanya perlukan kau Inara ! "
Darah mula keluar buat kesekian kali daripada mulut Inara lagi.
" Saya...sayang..awakk....Arjuna...."ucap Inara sebelum tangannya mula melorot jatuh. Matanya juga mula menutup rapat akhirnya. Nafasnya juga terhenti, tiada lagi degupan jantung yang berdegup.
Arjuna tersentak hebat. Tidak ! Inara tak boleh pergi dengan cara macam ni. Inara tak boleh tinggalkan dirinya lagi. Inara dah janji untuk jadi peneman hidupnya.
Bayangan di mana hari Arjuna confess Inara mula menjelma di segenap pandangan Arjuna ketika itu.
" Please percayakan aku Inara...aku dengan Tiara hanya adik beradik kembar...hmm kalau Tiara ada cakap yang bukan - bukan tu...dia memang suka bergurau macam tu...hmmm aku harap kau sudi terima aku and jadi girlfriend aku ?" kata Arjuna menjelaskan segala salah faham yang terjadi.
Inara terdiam buat seketika. Dia mula menunduk memandang rumput di mana dia berpijak saat itu. Lama kelamaan dia mula memandang Arjuna semula. Tangannya mula memaut jambangan bunga coklat yang masih utuh dihulurkan oleh Arjuna dari tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear, Arjuna
Teen FictionARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...