Inara mencatat sesuatu di dalam buku catatannya. Dia mencatat beberapa maklumat tentang suspek - suspek yang dia kehendaki untuk diperiksa nanti. Inara harus mencari tahu di mana keberadaan suspek - suspek tersebut semasa kejadian belaku.
Tersenarai beberapa nama kawan terdekat Arjuna di situ. Antaranya...
Mifzal
Shaheizy
Shafiy
Amyra" Hmm kalau tak silap aku, Mifzal dengan Shaheizy hari karnival amal tu diaorang kena jaga dibahagian....bahagian...penyambut tetamu...haah diaorang memang tak boleh nak ke mana sebab masa sebelum kejadian, tetamu memang ramai sangat - sangat.." monolog Inara di dalam hati.
Tapi...kalau diaorang ada masa dan bagi alasan untuk ke toilet tak mustahil kan sempat juga nak plan tolak Arjuna ?
" Hoii Inara ! "
Teriakan seseorang membuat Inara mengangkat wajahnya ke empunya suara. Inara beriak kosong. Nak apa pulak dia ni ?
" Cikgu Azrel panggil suruh jumpa dia dekat bilik guru.." beritahu ketua kelas Inara a.k.a Amin. Sempat lagi dia menjeling Inara. Cis entah apa - apa !
Tanpa banyak bicara, Inara mula bangun seraya mengatur langkah keluar daripada kelasnya.
Setibanya di bilik guru, kelihatan agak sunyi dan hanya tinggal beberapa saja guru. Mungkin guru yang lain pergi mengajar ke kelas masing - masing.
Inara mengatur langkah menuju ke arah meja cikgu Azrel. Kelihatan cikgu Azrel sedang menyemak beberapa kertas soalan.
" Ermm cikgu Azrel...panggil saya ke ? "
Cikgu Azrel mendongak.
" Haah..."
" Kenapa cikgu ? "
Seketika cikgu Azrel menghulurkan kertas soalan Inara....
" Tak ada lah saya just nak bagi kertas soalan kamu ni dan tanya....macam mana kamu boleh dapat full mark ? Pandainya kamu...setakat tahun ni..kamu adalah pelajar terbaik matapelajaran akaun saya tahu..." puji Cikgu Azrel sekaligus menghadiahkan senyuman manis yang tak pernah lekang dari wajahnya..
Inara sedikit terkejut.
" Bia..biar betul cikgu ? Saya dapat full mark ? " soal Inara sedikit teruja.
Cikgu Azrel mengangguk pantas. Terbit senyuman lebar Inara jadinya. Alhamdulillah...tak sia - sia aku study siang malam cuba nak score subjek Akaun ni.
" Teruskan usaha kamu ya...dan kalau boleh saya harap kamu boleh tolong kawan - kawan kelas kamu juga untuk score subjek akaun ni..." kata Cikgu Azrel mematikan senyuman Inara serta merta.
Tolong kawan - kawan kelas aku ? Nak ke diaorang ?
" Inara ? " tegur cikgu Azrel setelah melihat wajah Inara yang kelihatan mula bingung itu.
" Hah ? Ya cikgu..sorry..."
" Kenapa ? "
Inara menggeleng pantas.
" Ermm kalau tak ada apa - apa lagi...saya minta diri ya cikgu..."
Cikgu Azrel mengangguk. Baru saja Inara hendak melangkah pergi, namanya di seru.
" Inara ! "
Inara menoleh ke empunya suara. Kelihatan cikgu Sheila a.k.a cikgu matapelajaran kimia mendekatinya.
" Boleh tolong saya sekejap.."
" Boleh..tolong apa ? "
" Tolong panggilkan Shafiy budak kelas 4 sains.."
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Teen FictionARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...