Bab 16

1.4K 238 35
                                    

Pejam celik pejam celik sudah 1 tahun lebih berlalu kisah sedih seorang Inara. Namun Inara cuba melupakan segalanya walaupun susah sebenarnya. Dilubuk hati kecil Inara dia masih mengharapkan Arjuna tapi dia tahu semua itu mustahil. Arjuna sudah pindah dan hilang entah ke mana.

" Kau dah siapkan assignment cikgu Zakiah semalam ? " soal Shafiy di hadapan Inara.

Inara mendongak memandang Shafiy yang lengkap berbaju kemeja berserta tali leher. Itu pakaian rasmi pelajar Form 6 Smk Mutiara Impian tahun ini.

" Haah dah siap...kenapa ? " soal Inara.

" Saja aje tanya...takut kau lupa...kau kan cepat lupa.." usik Shafiy.

Inara mencebik.

" Banyaklah kau ! "

Shafiy hanya tersenyum senget. Suka benar dia mengusik Inara. Tak lengkap rasanya kalau tak mengusik sehari.

Kejap aje rasa, diaorang dah masuk Form 6 sekarang. Mereka telah melalui zaman Form 5 diaorang dengan baik sekali. Semua dapat keputusan yang cemerlang. Shaheizy dan Mifzal telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Inara juga ada dapat tawaran tapi entah lah dia rasa berat hati nak tinggalkan MI. Shafiy pula dapat juga sambung Universiti tapi tu lah, hanya kerana Inara dia sanggup menghapus segala keinginannya. Shafiy nak bersama - sama Inara sepanjang belajar di form 6 ini. Tengok lah sampaikan kelas pun sanggup tukar bidang ambik kelas akaun sedangkan dia boleh aje sambung bidang Sains. Alhamdulillah dah hampir setengah tahun diaorang belajar di form 6 ini.

Tidak dilupakan juga, Shafiy berjaya memegang jawatan ketua pelajar terbaik tahun lepas. Memang dia agak famous dikalangan para pelajar di MI ini. Kini dia tercalon juga untuk jadi ketua pelajar untuk tahun depan merangkap form 6 atas.

" Guys ! " teriak salah satu kawan kelas 6 Akaun yang tiba - tiba melangkah masuk.

Semua mata mula memandang ke arahnya.

" Korang nak tahu cerita tak ? Hari ni kita akan ada dua orang pelajar baru wehh...." kata Razeeq a.k.a kawan kelas 6 Akaun Shafiy dan Inara.

Seisi kelas mula riuh.

" Lelaki ke perempuan ? "

" Budak mana weh ? Second intake ? Lambat masuk form 6 ? "

Para pelajar lain mula menyoal. Razeeq hanya mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu. Shafiy mula memandang Inara.

" Siapa pula eh budak baru nak masuk kelas kita ? " soal Shafiy curious.

" Hmm entah lah..hmm biar aje lah...saya tak kesah pun..." jawab Inara acuh tak acuh.

Shafiy terangguk kecil.

" Ermm Inara...balik sekolah nanti teman aku pergi mall kejap boleh ? " pinta Shafiy.

" Mall ? Ermm nak buat apa ? Malas lah..."

" Alaa...please ! Temankan lah...aku nak cari buku rujukan ni...." kata Shafiy separuh merayu. Mukanya dicomelkan.

" Ish..yelah - yelah..." mengalah Inara akhirnya.

" Thankyouu sweetheart..." gumam Shafiy perlahan namun masih dapat didengari Inara.

" Apa sweetheart - sweetheart ? " kata Inara bersama jelingan maut.

Auchhh ! Makin jatuh hati Shafiy dibuatnya. Hahahahaha mengada.

**********

Semua pelajar mula melakukan hal masing - masing. Biasa lah bila cikgu dah bagi kebenaran untuk buat kerja masing - masing ada aje la yang diaorang nak buat. Membawang lah, main phone diam - diam bawah meja lah, makan diam - diam pun ada jugak.

Dear, Arjuna Where stories live. Discover now