Bab 22

1.5K 243 22
                                    

Arjuna mula melangkah menuju ke kelasnya. Waktu rehat masih bersisa 15 minit. Dia nak buat tugasan yang cikgu akaun bagi tadi lah daripada buang masa walaupun lagi 15 minit kan ? Rugi tu.

Sampai saja dia di kelas, Arjuna sedikit tersentak. Dia memperlahankan langkahnya masuk ke kelas. Takut menganggu tidur seseorang.

Kaki mula diatur ke tempat duduknya. Dia tidak menghadap ke hadapan malah menghadap ke belakang.

Ermm boleh aku tarik balik kata - kata aku yang tadi ? 15 minit tak rugi kan kalau aku  nak tengok muka dia tengah tidur aje ? Hahahah tak jadi nak buat tugasan ke bang ?

Arjuna mula menongkat dagunya di ruang kosong. Wajah Inara yang sedang tertidur sambil kepala dilentokkan di atas meja ditatap Arjuna. Dia menguntum senyuman tanpa sedar.

" Hmm comel..." desis hati Arjuna.

Tiba - tiba satu bayangan mula muncul di hadapan Arjuna. Dia merasa seperti pernah ada di posisi sekarang.

" Penat ke ? "

Kelihatan ada seorang gadis yang wajahnya samar - samar mengangguk mengiyakan persoalan Arjuna.

" Dah...jom balik jom..."

Setelah itu Arjuna mula jalan beriringan dengan gadis itu.

Siapa dia hah ? Kenapa aku siap tunggu dia habis kelas lagi ?

Arjuna mula menggeleng kepalanya berkali - kali. Sakit kepalanya melihatkan bayangan tersebut. Serabut aje !

Tiba - tiba Inara bergerak kecil akibat silauan matahari yang menerjah masuk melalui tingkap kelas mereka. Arjuna sedar akan hal itu dan serta merta dia melindungi wajah Inara yang terkena pancaran matahari tersebut dengan tapak tangannya. Sweet aje ! Inara mula tertidur nyaman semula. Dia juga menguntum senyum dalam tidak sedar. Entah apa yang dia mimpikan pun tak tahu.

Tanpa Arjuna sedar, ada mata yang sedang memerhati dalam diam di celahan muka pintu kelas. Seseorang  itu tersenyum juga melihat adegan tersebut.

" Alalaa...sweetnya abang aku ni...." gumam Tiara perlahan.

Tiara tidak mahu masuk terlebih dahulu. Tak nak lah kacau daun enn ? Hahaha sebenarnya, Tiara pun dah dapat agak yang abangnya Arjuna juga ada menyimpan perasaan terhadap Inara.

" Kau buat apa tu ? " tegur satu suara mula mengejutkan Tiara.

Tiara pantas menoleh.

Shafiy ?

Shafiy sedikit tercengang dengan tingkah laku Tiara saat itu.

" Hmm aku tak boleh biarkan Shafiy ganggu abang Arjuna dengan Inara.." desis hati Tiara.

" Apa yang kau tengok tu ? Asal tak masuk kelas ? " kata Shafiy seraya ingin melangkah lebih dekat untuk mendekati pintu kelas.

Tiara tak boleh nak berfikir, dia pantas menahan Shafiy.

" Kejap...errr...ikut aku kejap ! " kata Tiara pantas menarik pergelangan tangan Shafiy yang berlapik.

" Nak pergi mana ? " soal Shafiy terkejut dengan tarikan Tiara namun dia tetap melangkah membuntuti langkah Tiara saat itu.

************

Langkah Tiara dan Shafiy mula terhenti di tepi padang sekolah.

" Asal kau bawa aku ke sini ? " soal Shafiy agak bengang. Dah kenapa  minah ni tiba - tiba main tarik - tarik aku pulak.

Dear, Arjuna Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang