Bas rapid akhirnya sampai di simpang kawasan perumahan Inara dan Arjuna. Arjuna dan Inara sudah mula berkira - kira hendak bangun namun tiba - tiba mereka menoleh ke belakang serentak apabila terdengar bunyi dengkuran kecil. Siapa pula yang tidur ?
Toleh saja mereka berdua ke belakang. Mereka tersenyum kecil sambil menggeleng.
" Patut lah sunyi aje dari tadi.." gumam Arjuna.
" Haah...dua - dua tidur rupanya..." tambah Inara pula.
Ya Tiara dan Shafiy masing - masing sedang tertidur sambil kedua - duanya melentokkan kepala di antara satu sama lain. Alahaiii comel aje macam pasangan kekasih gitu !
Seketika Arjuna dan Inara mengejutkan Shafiy dan Tiara. Lama kelamaan mereka mula terjaga dan bangun dalam keadaan mamai. Yelah tak boleh juga nak tunggu diaorang ni sedar betul - betul. Nanti kang tak pasal - pasal driver bas maki free aje !
" Kau kenapa turun sini juga ? Bukan rumah kau area lain ke ? " soal Tiara. Mula lah bila dah kembali ke alam nyata pasti saja hendak berperang mulut dengan Shafiy enn ?
" Ish kau ni sibuk aje lah ! Suka hati la aku nak turun mana..." kata Shafiy. Sebenarnya sengaja ingin menemani Inara balik ke rumahnya namun lain pulak yang jadi bila dia ternampak Arjuna juga ingin balik naik bas. Kacau daun ahh Arjuna ni.
Tiara mencebik dan menjeling.
" Korang ni asyik nak gaduh aje..dah lah..jom balik..." kata Arjuna mencelah akhirnya. Dibiarkan lama - lama pun bukan boleh diaorang ni.
" Hmm okay lah aku balik dulu..." kata Shafiy akhirnya mengalah.
Semua mengangguk dan hanya Tiara saja yang membuat lambaian menghalau HAHAHAHA. Budak ni kan ! Haish.
Setelah Shafiy berlalu, Arjuna mula memandang Inara.
" Nak aku temankan kau balik ke ?" soal Arjuna.
" Hah ? Errr tak payah lah...awak pergi temankan Tiara aje lah balik..." kata Inara tidak selesa dengan keberadaan Tiara di situ. Hmm kalau Arjuna temankan aku balik, apa kata Tiara pula nanti. Aku tak nak la dianggap perampas pulak.
" Ehhh tak payah ! Arjuna pergi la teman Inara balik dulu...Tiara boleh balik sendiri..." kata Tiara lalu mengenyitkan kecil matanya sebagai tanda isyarat kepada Arjuna.
Arjuna menggeleng pantas.
" Tak apa ... aku temankan kau balik dulu Inara pastu aku temankan Tiara pulak balik..adil kan ? " putus Arjuna akhirnya. Dia tidak mahu membiarkan Tiara balik sendiri. Kalau jadi apa - apa lagi macam mana ?
Lambat - lambat akhirnya juga Inara mengangguk diikuti oleh Tiara. Hmm terpaksa Tiara bersetuju. Ikutkan dia boleh aje dia balik sendiri tapi kalau dah abangnya tetap berkeras jadi tak boleh kata apa lah.
Jalan lah mereka bertiga dan semestinya Arjuna di tengah. Namun Tiara bijak menyusun strategi. Perlahan - lahan tanpa Inara dan Arjuna sedar, Tiara mula perlahankan langkahnya dan hanya berjalan di belakang saja. Sengaja ingin membiarkan Arjuna berjalan berdua dengan Inara di hadapan hehehe.
*******
Tidak senang hati Shafiy dibuatnya. Hmm rasanya dah tiba waktu untuk dia luahkan segala isi hatinya terhadap Inara. Semakin dia cuba untuk tarik perhatian Inara, pasti saja Arjuna akan memintas jalannya.Lebih baik dia bertindak secepat yang mungkin. Nanti terlepas dekat orang lain, alamatnya gigit jari lah Shafiy.
Bouquet bunga berserta coklat sudah ada di tangan Shafiy. Khas dia tempah daripada kiosk sekolahnya untuk dia bagi masa nak confess Inara hari ni.
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Teen FictionARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...