Bab 10

1.5K 241 20
                                    

Tubuh kaku Amyra akhirnya telah dibawa keluar daripada ruang pengawas Smk Mutiara Impian. Benar - benar tidak menyangka, sudah dua kes pelajar terbaik terutama sekali pelajar yang memegang jawatan sebagai pengawas telah pun tewas dengan andaian kes bunuh diri.

Inara melirih sekeliling seakan - akan mencari sesuatu. Lama kelamaan dia terdiam sendiri. Dia tak nampak langsung roh Amyra di situ mahu pun di mana - mana.

" Macam mana ? Kau ada nampak roh Amyra tak ? " soal Arjuna.

Inara menggeleng perlahan.

" Roh..dia dah tak ada..dia..dah mati..." Ya. Kelebihan Inara hanya dapat melihat roh yang berpisah daripada jasad saja. Jika dia tidak melihat roh seseorang itu, maka seseorang itu telah pun mati.

Arjuna sedikit tersentak. Tidak menyangka Amyra akan melakukan semua ini. Pelbagai tanda tanya mula menyinggah di fikiran Arjuna...

" Tapi kenapa ? " soal Arjuna seakan - akan tidak boleh nak terima kenyataan. Ya dia agak berkawan baik dengan Amyra. Dia juga sedikit terkesan dengan kenyataan di mana Amyra membunuh diri secara tiba - tiba. Pasti saja ada sebab.

Inara mula memandang tepat ke wajah Arjuna. Sedikit sebanyak dia terasa cemburu dengan pertanyaan Arjuna itu. Kenapa ? Arjuna suka kan Amyra ke ?

" Saya tak tahu lah Arjuna....kalau betul Amyra bunuh diri...itu keputusan dia sendiri...tak ada kaitan dengan saya pun..." kata Inara mendatar seraya mula beredar dari situ.

Arjuna terpinga sendiri dan hanya membiarkan Inara berlalu pergi. Sikit pun dia tak cuba untuk menghalang.








Majlis pengebumian Amyra akhirnya dilaksanakan. Beberapa orang guru dan teman rapat Amyra juga menghadirkan diri di majlis tersebut. Semuanya hadir dengan perasaan yang sedih. Tidak menyangka kepergian Amyra seperti ini. Orang tua Amyra juga agak terkesan dengan kepergian Amyra. Betul ke Amyra bunuh diri ?

Ya daripada hasil siasatan pihak polis dan hospital mendapati bahawa Amyra telah overdose ubat tidur sebelum dia mengelar pergelangan tangannya. Akibat daripada jangka masa yang terlalu lama dibiarkan, Amyra tidak dapat diselamatkan lagi.

Orang tua dan keluarga Amyra sudah beransur balik. Hanya tinggal Shafiy, Shaheizy dan Mifzal saja di situ.

" Kenapa semua kawan - kawan kita jadi macam ni ? " soal Shaheziy agak sedih.

Shafiy masih kaku terdiam memandang ke arah pusara Amyra.

" Ujian untuk kita.." gumam Mifzal.

" Hmm...dah la jom la kita balik..." ajak Shaheizy.

" Hmm jom...Shafiy jom balik..." kata Mifzal pula.

" Korang balik lah dulu...nanti aku balik sendiri.." putus Shafiy.

Seketika tinggallah Shafiy sendiri di hadapan pusara Amyra. Shafiy sedikit tertunduk.

" Kenapa awak...kenapa...awak pergi dengan cara macam ni ? Kenapa..." Air mata Shafiy mula menitis. Air mata yang ditahan daripada tadi di hadapan kawan - kawannya akhirnya tumpah.

Tidak menyangka, di mana itulah hari terakhir dia melihat dan bercakap dengan Amyra. Itu pun tetap dalam keadaan yang agak dingin. Amyra masih marahkan Shafiy dan masih menuduh Shafiy yang menolak Arjuna. Amyra juga tidak henti - henti mengatakan yang dia hanya sukakan Arjuna tidak pada Shafiy.

Tanpa sedar, roh Arjuna juga ada di situ. Menemani Shafiy tanpa Shafiy tahu akan kewujudannya. Arjuna sedih melihat Shafiy sebegitu.

" Kenapa awak pergi dulu sebelum awak tahu kebenarannya ? Saya tak tolak Arjuna.." kata Shafiy sedikit sebanyak membuatkan Arjuna tersentak.

Dear, Arjuna Where stories live. Discover now