Bab 19

1.4K 238 23
                                    

Shafiy dan Inara menghadiri bersama - sama ke majlis perkebumian Alan. Walaupun hanya sebentar mereka mengenali Alan namun perasaan duka itu turut dirasai mereka saat ini. Mereka juga agak terkilan kerana tidak dapat membantu dan menyelamatkan Alan lagi...

" Hmm Alan aku minta maaf...aku selalu gaduh dengan kau walaupun aku tak pernah berinteraksi dengan kau sepanjang kau jadi roh..." desis hati Shafiy.

" Hmm Alan...maafkan saya...saya tak dapat nak bantu awak apa - apa lagi...terima kasih sebab hadir dalam hidup kami..walaupun hanya seketika...." desis hati Inara pula.

Masing - masing melihat pusara Alan daripada belakang ahli keluarganya yang lain.Setelah selesai semuanya, Shafiy dan Inara mula beransur balik.

Dalam perjalanan Shafiy menghantar pulang Inara ke rumahnya, mereka berdua masih berbicarakan soal Alan.

" Saya tetap nak teruskan pencarian...apa yang Alan cuba bagitahu awak tu..." kata Inara serious.

" Ya tapi macam mana ? Kita tak ada info apa - apa langsung...Alan juga tak bagitahu sikit apa pun dekat kita..." balas Shafiy kusut kepalanya.

Inara berfikir sejenak. Dia tiba - tiba teringatkan sesuatu.

" Hah ! Cctv dekat kawasan kemalangan Alan...dari situ kita boleh dapatkan bukti dan kita boleh cari owner kereta tu...mesti dia ada kaitan dengan apa yang Alan cuba sampaikan..." cadang Inara.

Shafiy mengangguk kecil. Betul juga cakap Inara tu. Kenapa dia tak pernah terfikir ehh ?

" Okay...kita pergi cari balik rakaman cctv tu..." kata Shafiy bersemangat.



Shafiy dan Inara mengeluh buat ke sekian kalinya. Nasib mereka memang tak baik langsung. Dah kenapa pulak ? Hmmm yelah diaorang dah pergi cari rakaman cctv tu tapi malangnya, rakaman cctv untuk hari kemalangan Alan tiba - tiba tak ada dalam rekod simpanan. Macam sengaja aje time tu juga nak rosak pun.

" Hmm tu aje lah satu - satunya bukti yang kita ada tapi...rosak pulak ! " ngomel Inara.

Shafiy turut menghembus nafas berat. Kenapa lah begitu sulit nak temukan bukti pun haish.

" Agak - agak awak kan ibu Alan tahu tak pasal apa yang Alan nak sampaikan tu ? " soal Inara mula membuatkan Shafiy menoleh ke arah Inara serta merta.

" Ya tak ya juga kan !  Esok kita pergi rumah Alan.."

*****

Arjuna mula berjalan seorang diri di sekitar kawasan para pelajar tingkatan menengah atas dan rendah. Dah lama dia tak jalan area sini. Walaupun pelajar tingkatan 1 hingga 5 diletakkan di satu sekolah dengan pelajar tingkatan 6 namun masih saja mereka terpisah bahagian.

Jalan punya jalan tetiba Arjuna berhenti di lokasi kejadian di mana dia jatuh dulu tu. Hati Arjuna jadi berdebar - debar. Dalam masa yang sama dia mula nampak beberapa bayangan mengenai kemalangan yang menimpanya dulu namun masih samar - samar.

" Eh Arjuna ? Kamu dah pindah sini semula ? " tegur satu suara menghapus bayangan yang dialami Arjuna.

Arjuna mula menoleh ke empunya suara.

" Eh cikgu Azrel...hah ya..saya baru aje pindah sini..." balas Arjuna.

" Kamu macam mana sekarang ? Dah semakin sembuh ? " soal cikgu Azrel. Sudah lama tidak berborak dengan anak muridnya yang satu ini.

" Alhamdulillah cikgu...makin sembuh..."

" Hah bagus lah kalau macam tu...kalau begitu cikgu pergi dulu ya...ada kelas nak kena masuk lagi ni..." kata cikgu Azrel ramah seperti selalu sambil menepuk - nepuk bahu Arjuna.

Dear, Arjuna Where stories live. Discover now