Dalam tak sedar, Arjuna dan Inara jalan bersama - sama daripada turun bas tadi sampai dah depan rumah Inara jadinya. Ya Arjuna yang tawarkan diri nak teman Inara balik hari ni. Alah alah sweet !
" Err terima kasih lah awak dah teman saya sampai rumah...buat susah - susah aje.." kata Inara.
" Eh tak lah...mana ada susah.." nafi Arjuna.
" Ermm yelah...saya masuk dulu.." kata Inara meminta diri.
Arjuna masih berdiri di situ melihat Inara yang berlalu perlahan.
" Inara ! " panggil Arjuna tiba - tiba membuatkan Inara tertoleh ke arahnya semula.
" Kenapa ? "Inara menyoal.
" Take care...byee.." tangan dilambai kecil sambil tersenyum lebar. Manis senyuman Arjuna ketika itu. Bagaikan susah untuk lepaskan tatapan daripada Inara. Dia mula jalan mengundur. Tangan masih dilambai - lambai.
Inara terpegun.. Ya Allah...apa kena dengan Arjuna hari ni ? Suka buat aku blushing ! Suka buat aku berdebar - debar. Hmm macam mana aku nak lupakan dia kalau begini sikap dia terhadap aku ?
" Jalan tengok depan ! Nanti jatuh lah..." pesan Inara sebelum dia mula beredar masuk ke dalam.
Patuh dengan pesanan Inara, Arjuna mula berjalan dengan betul akhirnya. Dia pula menuju ke arah jalan rumahnya. Haish bahagia betul ya Arjuna hari ni dapat hantar Inara balik sampai depan rumah.
Entah mengapa hari ni Tiara rasa agak tidak sihat disebabkan senggugut yang melampau. Hmm ingatkan semalam dah okay. Ni tak makin menjadi - jadi pulak ya. Tiara hanya duduk mendiamkan diri sejak dari tadi. Bergerak apa pun tak. Asyik lentokkan kepala dekat atas meja aje. Hmm sakit sangat perutnya. Ni rehat pun dia tak pergi makan lagi.
" Tiara ? Kau okay tak ni ? " soal Inara sedikit risau. Sejak pagi lagi dia perhatikan Tiara yang agak tidak bermaya itu. Inara mula masuk lebih awal untuk periksa keadaan Tiara. Ya lah dia tahu Tiara tak rehat dan hanya duduk di dalam kelas saja.
" Hmm okay.." bohong Tiara. Dia tak menoleh langsung ke arah Inara. Moody aje dia rasa sekarang ni.
" Nak pergi bilik kesihatan sekolah ke ? Jom aku hantarkan.." tawar Inara.
" Hmm tak nak..ish kau ni diam lah..." hambur Tiara tiba - tiba mengangkat kepala dan memandang tajam ke arah wajah Inara. Tiara paling pantang kalau dia tengah sakit senggugut pastu ada orang duk cakap macam - macam pulak. Rimas rasanya !
Terdiam Inara jadinya.
" Aku dah cakap aku okay...aku okay lah.." kata Tiara senada.
" Ermm yelah.." mengalah Inara akhirnya.
Seketika Tiara mula bangun. Dia terasa hendak ke toilet pulak. Perut yang makin sakit dan terasa seperti ada yang mencengkamnya cuba dibuat tidak peduli. Inara hanya memandang setiap tingkah laku Tiara itu. Nampak sangat sakitnya tu Tiara...sampai kan jalan pun perlahan - lahan.
" Hmm aku nak tolong teman...kejap lagi kena maki pulak..." desis hati Inara yang hanya mampu melihat.
Bukkkk !
Tidak semena - mena Tiara tiba jatuh tidak sedarkan diri. Tersentak juga dibuatnya Inara. Lantas Inara ingin mendekati Tiara namun tidak diduga orang lain yang terlebih dahulu membuat tindakan tersebut.
" Ya Allah Tiara ! " teriak Arjuna yang baru sampai ke kelas bersama Shafiy.
Kelihatannya Arjuna begitu cemas saat itu. Inara terkelu di situ. Hanya kaku memerhati setiap gerak geri Arjuna.
" Kenapa dengan Tiara ? " soal Arjuna mula memandang Inara.
" Errrr...Tiara..." tergagap - gagap Inara cuba jelaskan.
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Teen FictionARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...