Bab 12

1.5K 244 42
                                    

Mata digosok sesekali begitu juga dengan belakang leher. Wajah dimasamkan. Entah apa yang dia buat pun dia sendiri tidak faham. Dipaksa study memang satu beban yang agak besar buat Ayyash tika ini. Hmm kenapa setelah apa yang berlaku terhadap abang Arjunanya masih saja dia yang harus tanggung?

Buku latihan matematik ditutup pantas. Mug yang berisi milo diminum kasar.

" Aku tak minat nak study teruk - teruk macam abang Arjuna..hmmm study hanya untuk jaga nama dan status aje...buang masa !" gumam Ayyash sendiri.

Seketika dia mula bangun dari duduknya. Dia bergerak mendekati katil empuknya. Tubuh dihempas kuat. Dia merenggangkan tubuhnya seketika. Syiling bilik berwarna putih ditatap dalam.

" Abang Arjuna...hmmm "

*Flashback*

" Bukan macam tu lah Ayyash...buat macam ni..." kata Arjuna seraya membetulkan jalan kira matematik adiknya.

Ayyash memasamkan wajahnya.

" Ish math ni susah lah ! " luah Ayyash tidak memahami soalan matematik di hadapan matanya saat ini.

" Susah boleh belajar kan ? " kata Arjuna masih tenang  cuba menasihati si adik.

" Hmm macam mana abang Arjuna boleh pandai gila macam sekarang ehh ? Betul ke abang Arjuna belajar sebab kemahuan diri sendiri atau semata - mata nak jaga nama baik papa mama ? " soal Ayyash.

Arjuna sedikit terdiam namun selepas itu dia mula mengukir senyuman tipis.

" Abang belajar dengan rela hati...abang suka belajar.. bukan semata - mata nak jaga nama baik papa mama...tapi untuk masa depan abang juga nanti..kalau apa yang abang buat sekarang ni dapat jaga nama baik papa mama tu dah dikira bonus untuk abang..." jelas Arjuna jujur.

Terangguk - angguk Ayyash saat itu mendengarkan jawapan dari bibir merah abang Arjunanya.

*End Flashback*

Tanpa sedar air mata Ayyash mengalir di pipi. Kau tipu aku abang ! Kau tahu sekarang kau lah yang paling memalukan papa mama...

**********

Inara melangkah masuk ke perkarangan sekolah seperti biasa namun sekelilingnya seakan - akan aneh pada hari itu. Semua mata mula mencuri - curi pandang Inara sepanjang Inara berjalan masuk ke MI. Dah kenapa dengan diaorang semua ni ? Kalau tak, tak pernah peduli pun kewujudan aku ni.

Sepanjang perjalanan Inara dapat menangkap beberapa perbualan yang agak tidak dia sangkakan.

" Kau tahu tak budak gila yang boleh nampak hantu tu....ada hubungan dengan Shafiy bakal ketua pelajar kita tahun depan tu.."

" Haah aku nampak dia balik dengan Shafiy semalam..siap tolong bawakkan beg sekolah lagi...Hebat betul perempuan tu mengayat ehh ? "

" Tu lah mentang - mentang Amyra dah mati...senang - senang tu aje dia nak goda Shafiy..."

Itu lah sedikit sebanyak yang dapat Inara dengarkan.Inara menghembus nafas berat. Hmm dah muncul dah malapetaka baru untuk aku. Ish rimasnya.

Dengan perasaan yang bercampur aduk, Inara buat tak endah saja dengan bisikan - bisikan tersebut. Malas nak dilayannya. Hmm biarlah orang nak fikir apa pun..aku tak kesah ! Lagi pun benda tak betul buat apa kita nak kalut kan ? Lama - lama nanti diam lah...

Setelah selesai perhimpunan sekolah, Inara mula bergerak untuk ke kelasnya. Di kelas 4 akaun kelihatannya hanya tempat duduk Inara saja yang masih kosong. Inara berjalan seperti biasa ke tempatnya.

Dear, Arjuna Where stories live. Discover now