Bab 14

1.5K 250 50
                                    

Shafiy benar - benar menghantar Inara sampai depan rumah. Tak sangka Shafiy akan bersikap sampai sebegini hanya semata - mata untuk Inara. Dah kenapa ? Jangan tanya kenapa, Shafiy sendiri juga tak ada jawapan,

" Ni awak nak balik dengan apa pulak ? Takkan naik bas balik ?" soal Inara juga perhatian.

Shafiy tersenyum tipis.

" Nope ! Tu driver aku  dah tunggu dekat situ..."beritahu Shafiy sambil jari ditunjukkan ke satu arah. Ya daripada sekolah lagi driver Shafiy hanya setia membuntuti belakang bas.

Inara mengangguk kecil.

" Terima kasih lah sebab temankan saya balik sampai rumah...menyusahkan awak aje..."

" Tak ada lah..."nafi Shafiy.Digosok belakang lehernya sambil tersengeh kecil di hadapan Inara.

Roh Arjuna tayang wajah sedikit menyampah melihat dan mendengar perbualan di antara Inara dan Shafiy tersebut. Hish aku tahu aku hanya roh yang tak dapat dilihat dengan mata kasar Shafiy tapi tolong lah hormat sikit aku kat sini!

Menyedari wajah Arjuna yang lain macam tu, Inara mula meminta diri untuk masuk. Lebih lama lagi dia dengan Shafiy makin pelik dia tengok reaksi Arjuna. Dah kenapa macam moody mengalahkan perempuan ?

Inara sudah selamat masuk ke dalam pun, Shafiy masih saja tercegat di situ. Apa yang dia tunggu lagi pun tak tahu lah.

" Kau memang nak bertapa dekat depan rumah Inara ni ke hape ?"soal Arjuna betul - betul dihadapan wajah Shafiy walaupun dia  sudah sedia maklum Shafiy bukannya dengar pun.

Shafiy menguntum senyuman kecil tanpa dia sedar Arjuna memerhatikan itu semua.

" Ehh senyum pulak Shafiy ni ? Dah kenapa ? Biul ke ?"soal Arjuna.

Tiba - tiba Arjuna mendapat satu idea untuk membuat Shafiy berganjak pergi dari rumah Inara.

Idea apa ?

Arjuna mula menukar posisi. Dia berdiri di sebelah kanan Shafiy jadinya. Selepas itu, Arjuna mula meniup kuat tepi telinga Shafiy.

Shafiy tersentak, terkelu dan seangkatan dengannya. Dia mula memandang ke arah tiupan kuat di telinganya tadi.

Kosong dan sunyi saja kawasan di situ. Kenapa tiba - tiba ada angin tiup tepi telinganya pulak ? Arjuna sudah menahan tawa. Hahaha apa yang dia tahan tawa pun tak tau lah, bukannya orang dengar pun kalau dia lepaskan tawa itu.

Shafiy sudah mula terasa seram sejuk. Akhirnya dia melangkah pergi dari situ juga. Puas hati Arjuna dapat kenakan Shafiy tika itu. Seronok juga ea bila jadi roh , orang tak nampak apa yang dia buat dekat orang tu HAHAHA.

************

Melangkah saja Ayyash masuk ke perkarangan sekolah dia mula rasa tidak sedap hati dan tidak selesa. Seakan - akan bakal terjadi sesuatu saja pada dirinya hari ini. Sepanjang perjalanan dia melangkah menuju ke kelasnya, mata - mata pelajar dan bisik - bisikkan halus mula menganggu Ayyash tika itu.

Dapat Ayyash menangkap beberapa kata - kata  para pelajar yang berdekatan.

" Tak sangka betul dia yang tolak abang dia en ?"

" Gila ! Dengki dengan abang sendiri..."

" Kenapa pembunuh ni still ada dekat MI lagi ? Buat malu aje "

Dear, Arjuna Where stories live. Discover now