Arjuna melangkah naik ke tingkat 3 bangunan sekolah yang berhadapan dengan tapak perhimpunan. Alahaii cikgu ni pun tahu lah nak view cantik - cantik dari atas tapi takkan lah sampai tingkat 3...penat lahaii aku nak naik tangga ni. Kalau ada lift tak apa lah juga.
Merungut - rungut Arjuna pun dia tetap gagahkan diri naik sampai ke atas demi rakaman video hari karnival amalnya. Janji video cantik sudah.
Setelah sampai di tingkat 3, Arjuna mula mendekati balkoni. Balkoni di tingkat ini hanya terbatas dengan pagar besi yang seakan - akan tidak kukuh. Yelah sekolah pun dah lama. Lagi pulak tingkat 3 ni jarang digunakan...
Arjuna mula membetulkan lensa camera Nikon Z. Dia mula mencari dan menekan butang rekod video. Seketika dia mula merekod suasana karnival amal sekolah daripada arah atas. Sungguh cantik bila guna camera Nikon Z. Rakaman tu smooth aje !
" Cantik...pandai aku rekod.." puji Arjuna sendiri.
Namun perilaku Arjuna terhenti apabila dia terdengar derapan tapak kaki seseorang mula mendekatinya dari arah sisi kanannya.
Arjuna pantas menoleh.
" Buat apa dekat sini ? " soal Arjuna pelik.
POV Inara.
Semua sampah sudah dikutipnya. Alahaiii tak best langsung bagi aku karnival amal tahun ni. Orang ramai tak reti buang sampah dalam tong sampah ! Geramnya....tak ada semangat cintakan alam sekitar betul.
" Inara ! "
Inara menoleh apabila terdengar namanya seakan - akan dipanggil. Kelihatan cikgu Farid mula berlari mendekati Inara.
" Ya cikgu ? "
" Tolong saya kutipkan sampah dekat area tapak perhimpunan. Pengetua dah bising lah...dekat situ bersepah sangat..." keluh cikgu Farid.
Inara menghembus nafas berat. Aku lagi yang kena kutip ? Wehh mana ajk kelab alam sekitar yang lain ?
" Boleh tak ni Inara ? " soal cikgu Farid lagi setelah Inara tidak bagi respon.
" Ya cikgu.. boleh.." wajah dimaniskan tapi dalam hati tengah sumpah seranah habis !
" Okay terima kasih Inara...kamu memang pelajar harapan sekolah..." puji cikgu Farid.
Puihh harapan sekolah konon ! Cakap aje lah aku ni memang pengutip sampah sekolah 😑
Seketika Inara mula beredar ke tempat yang cikgu Farid katakan. Maka bermula lah di situ detik - detik Inara terlanggar dengan cikgu Azrel dan mula mendekati tapak kawasan di mana Arjuna menjatuhkan dirinya.
********
Inara cuba sedaya upaya melangkah dengan pantas. Roh Arjuna juga tidak berhenti - henti mengalah mengejar langkah Inara. Dia benar - benar perlukan pertolongan Inara saat ini.
" Please tolong aku ! Kau aje yang boleh tolong aku..." teriak Arjuna yang hanya Inara seorang aje yang boleh dengar waktu tu.
Inara tergeleng - geleng kecil.
" Tak...aku tak nampak dia...aku tak dengar dia.." terkumat kamit mulut Inara melafazkan ayat tersebut.
Zapppp !
Arjuna mula terpacak betul - betul di hadapan Inara sehingga membuatkan Inara berhenti melangkah. Jika bergerak saja Inara satu inci pasti saja dia tercium bibir Arjuna walaupun itu hanya lah roh. Hidung mereka juga hampir belaga. Inara terkaku sendiri.
" Aku tahu kau boleh nampak aku kan ? Please...tolong aku..." mohon Arjuna.
Terkebil - kebil Inara menatap wajah Arjuna sedekat ini.
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Teen FictionARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...