Bab 5

1.6K 243 56
                                    

Menunggu kehadiran bas rapid hari ni agak membuatkan Inara agak bengang ya ! Asal lambat sangat bas hari ni ehh ? Hmm selalu waktu - waktu macam ni okay aje sampai awal. Inara sedikit mengibas - ngibas wajahnya yang terasa membahang akibat cuaca yang agak panas hari ni. Seketika dia mula mengikat satu tinggi rambutnya.

Dia mencebik sendiri. Bad mood jadinya sekarang. Namun hanya beberapa minit selepas itu, bad moodnya mula pudar apabila dia melihat kehadiran seseorang di samping Inara.

Seseorang itu mula mengambil tempat berdekatan dengan Inara. Inara tersenyum kecil tanpa sedar.

" Hari ni pun dia balik naik bas ke ? " desis hati Inara.

Seketika kelihatan Arjuna sedikit melonggarkan tali lehernya. Mungkin tidak selesa dengan cuaca panas yang agak melampau hari ni ya ! Lengan baju juga dilipat separuh. Dalam dia tidak sedar, Inara memerhati saja dari tadi gelagat Arjuna tu.

" Alahhh lipat lengan baju pun....handsome..." monolog hati Inara cair.

Hmmm Arjuna...Arjuna...kan best kalau kita boleh berkawan...pastu bercinta...ehek mesti sweetkan hari - hari ada orang teman balik...Naik bas pulak tu macam scene dekat kdrama tu !

Tanpa dipinta tiba - tiba Arjuna mula mengalihkan pandangan ke arah Inara yang sedang memandangnya saat itu. Inara sedikit terkelu pantas dia berpura - pura terjenguk - jenguk menanti kehadiran bas.

" Ermm lambat pulak bas hari ni kan ? " tegur Arjuna.

Inara tersentak lagi. Weh dia cakap dengan siapa ? Aku ke ? Aku tak salah dengar kan ? Tapi kalau dia cakap dengan orang lain pun...mana ada siapa...aku berdua aje dengan dia dekat bas stop ni.

Inara hanya tersengeh kecil sambil mengangguk. Seketika Arjuna mula mengeluarkan bukunya seperti biasa. Alahhh macam tak kenal Arjuna ni memang suka baca buku dan tak suka buang masa. Hmm patut lah pandai...bila aku nak rajin macam dia ehh ? Hahaha.

Tak sampai beberapa minit lepas tu, bas mula berhenti di hadapan Inara dan Arjuna. Mereka mula  naik bersama - sama. Arjuna  di hadapan manakala Inara  di belakang.

Nasib diaorang berdua memang agak malangnya. Dah lah bas sampai lambat, naik - naik pula tempat dah full. Hmmm terpaksa lah diaorang berdiri sambil tangan bergayut dekat tempat pemegang.

Hmm tetiba Inara rasa tak selesa pulak bila kena berdiri macam ni dekat depan Arjuna. Arghhhh malu siot. Hmm cepat lah sampai sikit ! Kalau lama lagi ni aku pengsan juga kang dekat depan dia. Hahahaha.

Seketika kelihatan ada seorang pelajar perempuan daripada sekolah lain yang sedang duduk  mula menegur Arjuna.

" Abang Arjuna ? Budak MI kan ? " kata pelajar perempuan yang berambut panjang seperti Inara juga. Tak hairan kenapa pelajar sekolah lain pun boleh kenal Arjuna, sebab Arjuna bukan saja famous dekat MI tapi  memang famous juga dekat sekolah lain.

" Haah ya.." balas Arjuna pendek.

Inara hanya mencuri - curi dengar saja. Nak toleh takut Arjuna perasan pulak.

" Abang duduk la dekat tempat saya ni..Kejap lagi saya nak turun dah.." tawar pelajar perempuan itu..

" Oh its okay.." kata Arjuna tidak tertarik. Hmm dia tahu semua tu cuma nak tarik perhatian dia saja. Malas nak layan.

" Alaaa tak apa lah abang duduk lah ehhh..." kata pelajar perempuan itu lagi sambil bangun dan mula menyentuh bahu Arjuna. Tidak selesa pulak Arjuna dibuatnya.

Arjuna memandang ke arah Inara yang masih statik membelakanginnya.

" Abang Juna duduk lah..." pelajar perempuan itu mula mendesak. Bahu Arjuna masih dipegang kejap.

Dear, Arjuna Where stories live. Discover now