Mifzal dan Shaheizy mula melangkah ke dewan gelanggang basketball. Shaheizy tertinggal barang pula tadi masa latihan basketball. Haish kan dah menyusahkan nak datang balik dewan. Nasib baik Mifzal baik hati nak temankan.
" Cepat lah Heizy ! Aku tunggu dekat luar aje lah.." kata Mifzal malas dan hanya berhenti di pintu dewan.
" Eeee kau ni ! Yelah aku masuk sorang...kau tunggu sini eh....jangan tinggal aku pulak.." kaki diatur masuk ke dalam dewan.
Mifzal hanya melihat figura Shaheizy yang sudah mula menghilang.
Hmm mana eh aku letak kunci loker aku tadi ? Rasanya ada dekat sini. Shaheizy mula menjenguk - jenguk di sekitar kawasan gelanggang. Alahaiii hilang mana pulak ni ?
Cari punya cari kunci loker akhirnya jumpa juga kunci loker tu namun tiba - tiba Shaheizy mula terpandangkan sesuatu. Dia sedikit tersentak. Air liur ditelan perit. Peluh dingin mula menguasai wajahnya. Ya Allah...takkan siang - siang hari ni pun ' benda ' tu nak buat kerja.
Hahaha dah kenapa pulak dengan reaksi Shaheizy ni ? Ada benda tak kena ke ?
Shaheizy sedikit menggigil bila dia ternampak ada sekujur tubuh sedang terbaring di suatu sudut. Nak dijerit memanggil Mifzal namun tidak kesampaian. Seketika dia cuba memberanikan diri mendekati tubuh yang terbaring itu. Perlahan - lahan dia melangkah.
Apabila makin dekat, Shaheizy telan liur. Pelajar perempuan ? Siapa dia ni ? Cantik orangnya. Ehh sempat lagi memuji tu.
" Dia tidur ke hidup lagi ni ? " desis hati Shaheizy sambil terjenguk - jenguk meihat wajah Inara yang tenang saja itu.
Tergaru - garu kepala Shaheizy dibuatnya. Aku nak buat apa ni ? Cuba kejutkan ke ? Tapi kalau dia memang mati macam mana ? Aku tak nak jadi suspek . Hahahaha apa kau melalut ni gila ?
Seketika Shaheizy mula ingin menyentuh bahu Inara. Menggigil juga tangannya sementara nak sampai dekat bahu Inara.
" Errrr....awak...bangun...." tangannya jatuh pada bahu Inara.
Mata Inara terbuka luas ! Shaheizy tersentak dan kaku ! Tangannya masih di bahu Inara.
Inara pantas bangun lalu menepis kuat tangan Shaheizy. Dia mula menjarakkan dirinya sedikit.
" Awak nak buat apa dekat saya ? " soal Inara sedikit terkejut dengan kehadiran Shaheizy di situ.
" Ehh sorry..awak jangan salah faham...saya just nak kejutkan awak aje...Awak tidur dekat sini kenapa ? Lagipun....sekarang kan masih pdp.." jelas Shaheizy gelabah nak mampus hahahaha takut dicop pervert pulak nanti.
Dahi Inara sedikit berkerut. Haah lah aku tertidur dekat sini pulak. Inara tidak menjawab pertanyaan Shaheizy itu malah dia mula berdiri dan beredar meninggalkan Shaheizy begitu saja. Shaheizy terpinga sendiri.
" Dah kenapa dengan perempuan tu ? Haish perempuan memang complicated eh ? "
Di pintu masuk dewan, Inara terserempak dengan Mifzal pulak. Inara dan Mifzal juga agak tersentak dengan kehadiran diri masing - masing di situ. Inara tidak menunggu lama, dia malah meneruskan langkahnya kembali. Mifzal pula mula masuk ke dalam dewan mencari figura Shaheizy.
*********
" Apa yang lama sangat korang ni cari kunci loker aje pun ? " soal Shafiy setelah melihat Shaheizy dan Mifzal mula melangkah masuk ke dalam kelas 4 Sains." Ni hah Heizy ni...bukan cari kunci loker tapi terjumpa jodoh pulak..." kata Mifzal.
Bukk !
Belakang Mifzal ditepuk Shaheizy.
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Teen FictionARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...