Bab 25

1.7K 261 51
                                    

Inara mula masuk ke dalam bilik fotografi sekolahnya. Kelihatan ada beberapa pelajar di situ. Seketika dia mula bertanyakan mengenai camera yang sesuai dengan sd card ditangannya kini.

" Ermm oh ni sd card camera Nikon Z..."beritahu salah satu pelajar perempuan di situ.Kalau dah budak dalam bidang fotografi pasti saja tangkas menangkap apa jenis camera saja.

Seketika dia membantu Inara untuk mencari camera yang tersedia di bilik tersebut. Namun dia tidak menjumpainya.

" Kau cari apa tu ?" soal seorang pelajar lelaki yang baru muncul di situ.

" Ni hah akak form 6 ni nak pinjam camera Nikon Z...kau ada nampak tak ?" soal gadis itu kepada kawan lelakinya itu.

" Ermm camera Nikon Z kalau tak silap aku....budak penyiaran ada pinjam hari tu. Ermm kak...boleh kak pergi konti sekolah ? Mungkin camera Nikon Z ada dekat sana...akak tanya diaorang tengok..."kata pelajar lelaki itu.

Inara mengangguk pantas.

" Okay...terima kasih ea dik..."ucap Inara seraya bergegas ke sana.

Bilik penyiaran sekolah memang agak jauh dan kawasannya juga sunyi sedikit. Tak kisah lah macam mana kawasan tu pun janji Inara dapat tahu apa isi sd card ni. Sesampainya Inara di hadapan bilik penyiaran, dia mengetuk sedikit pintu bilik tersebut.

Kelihatan ada seorang pelajar perempuan yang ingin keluar daripada situ masa tu.

" Ehh ya ada apa kak  ?" soal pelajar perempuan  tersebut menegur Inara. Tengok saja pelajar form 6 pasti saja akan digelar kakak senior lah.

" Ermm dekat sini ada camera Nikon Z tak ?" soal Inara.

" Oh ada - ada...meh masuk..." ajak pelajar tersebut. Inara mula membuntutinya.

Seketika mereka berhenti di tengah ruang. Terdapat meja bulat di situ. Ada juga camera yang Inara cari. Pelajar perempuan tersebut mula membantu Inara memasukkan sd card tersebut. Selepas itu dia mula meninggalkan Inara sendirian kerana dia ada kelas lain lagi. Tidak boleh berlama - lama di situ. Pintu bilik penyiaran tidak dikuncinya lagi. Kunci ditinggalkan pada Inara. Nanti Inara yang akan pulangkan pada gadis itu.

Penuh debaran Inara untuk melihat isi kandungan sd card tersebut. Pertama sekali dia dapat melihat beberapa tangkapan gambar waktu karnival amal beberapa tahun lalu. Inara tersenyum sendiri. Cantik gambar - gambar ni. Siapa yang ambil ? Arjuna ke ?

Skip punya skip gambar - gambar tu tiba - tiba terhenti pada satu video. Ada video juga yang direkod ? Inara mula memainkan video tersebut. Dia semakin berdebar - debar jadinya. Dapat dia lihat video tersebut merekod segala pemandangan daripada atas.

" Buat apa dekat sini ? " kedengaran suara Arjuna dalam video tu. Inara sedikit tersentak. Ni sd card rakaman Arjuna waktu kejadian !

Kelihatan Ayyash yang di hadapan Arjuna waktu tu sebab camera masih terarah ke hadapan dan hanya nampak bahagian baju sekolah Ayyash.

" Kenapa ni Ayyash ? Asal muka macam marah aje ? " soal Arjuna di situ.

Ayyash melangkah setapak ke hadapan mendekati Arjuna. Arjuna terlihat mengundur ke belakang sedikit. Itu yang dapat dilihat Inara dalam video tersebut.

Hmm video ni lebih terperinci daripada apa yang diaorang tengok dekat email cikgu Azrel dulu tu.

" Ayyash..kenapa ni ? Cuba cakap dekat abang..." soal Arjuna lagi.

" Ayyash dah penat lah abang.." luah Ayyash masa tu.

" Apa maksud Ayyash ni ? Abang tak faham lah..."

Dear, Arjuna Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang