Tiara mula melangkah masuk ke kelasnya. Kelihatan kelas agak lengang ketika itu. Inara dan Arjuna juga tidak kelihatan. Pergi mana entah diaorang dua ni ? Asyik hilang berdua aje kerjanya. Hormat la sikit orang sendu dekat sini hahahaha.
Shafiy ? Hmmm entah lah lantak lah dia ! Tiara tengah dalam proses nak move on ni. Dia jenis kalau orang dah tolak and malukan dia confirm dia akan cuba move on. Dah tak ada nak try tackle dua tiga kali. Hello dia ada maruah okay !
Seketika Tiara mengambil tempat duduknya. Dia mula meraba - raba bawah mejanya mencari buku rujukan yang hendak diulang kajinya sekejap. Namun tiba - tiba dia tersentuh satu surat. Dia mengeluarkan surat tersebut daripada bawah mejanya.
" Surat apa pula ni ? " tangan ligat membuka surat tersebut untuk dibaca.
Buka - buka saja surat tersebut, terpampang sedikit catatan.
Tiara jumpa aku dekat swimming pool sekolah sekarang. We need to talk. - Shafiy -
Tiara sedikit terpinga akan catatan tersebut. Hah ? Shafiy ajak jumpa dekat swimming pool ? Dah kenapa ? Nak minta maaf pasal hari tu ke ?
Tanpa berfikir panjang, Tiara pantas bangun dan berlalu hendak ke swimming pool sekolah. Banyak persoalan bermain di fikirannya saat ini.
Di ruangan swimming pool Tiara melangkah masuk dengan penuh debaran. Kawasan tersebut kelihatan agak sunyi. Haish Shafiy ni asal ajak jumpa dekat tempat - tempat macam ni ? Seram lah !
Tiara mula mendekati kawasan swimming pool di situ. Memandangkan figura Shafiy masih tidak kelihatan. Hmmm lambat betul dia ni.
Kepala Tiara sedikit terjenguk - jenguk ke dalam kolam. Wuishh dalam gila kolam ni eh.. Jatuh ni mati aku ! Aku dah lah tak pandai berenang.
Bukkkkk !
Tiba - tiba tubuh Tiara ditolak kuat daripada belakang. Tiara terus terjatuh ke dalam swimming pool tanpa sempat dia melihat siapa yang menolaknya itu. Seseorang yang menolak Tiara itu terus berlari pergi. Dibiarkan Tiara yang terkapai - kapai seorang diri di dalam swimming pool itu. Akhirnya, Tiara tewas , dia mula ingin tergenglam....
" Tiara ! " Shafiy mula terjun ingin menyelamatkan Tiara waktu tu. Dia dah tak fikir apa dah.
Nasib baik Shafiy memang pandai berenang. Dia mula menangkap tubuh Tiara lalu ditariknya untuk dibawa ke atas.
Apabila sudah berjaya naik ke atas, Tiara dibaringkan. Tiara sudah tidak bernafas. Wajahnya juga sudah kelihatan pucat lesi.
" Tiara...bangun Tiara please ! " rayu Shafiy cemas sambil cuba menekan - nekan dada Tiara.
Shafiy benar - benar risau sekarang ni. Dia tidak mahu terjadi apa - apa pada Tiara.
" Tiara ! Please wake up ! Please ! " dada Tiara masih cuba ditekan - tekannya.
Masih sama. Tiara tidak memberikan respon. Hanya kaku di situ.
Tiba - tiba hanya satu lagi kaedah yang terlintas di fikiran Shafiy saat ini. Bantuan pernafasan ! Ya Shafiy pernah belajar juga kaedah tu masa kem keselamatan diri dulu.
Shafiy mula memandang wajah Tiara yang semakin membiru itu. Dia menarik nafas dalam - dalam.
" Aku minta maaf Tiara..." desis hati Shafiy seraya mula mencium Tiara namun lebih tepat lagi membuat bantuan pernafasan ke atas Tiara.
Tak sampai beberapa saat, Tiara terus mengeluarkan sisa - sisa air. Alhamdulillah Tiara selamat ! Terbatuk - batuk teruk Tiara dibuatnya.
" Tiara..." panggil Shafiy.
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Teen FictionARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...