Kelas hari ini pun entah ke mana jadinya. Inara hilang fokus. Difikirannya saat ini hanyalah Arjuna semata - mata. Dia betul - betul ingin tahu bagaimana keadaan Arjuna saat ini ? Makin membaikah dia ? Tadi Shafiy baru bagitahu dia semula yang Arjuna berjaya diselamatkan dan alhamdulillah Arjuna sudah kembali sedar.
Hendak berkunjung ke hospital sekarang ni pun tak boleh. Takkan dia nak ponteng kelas pulak ? Hmmm.
Kringg ! Kringg !
Loceng tamat sekolah hari itu akhirnya berbunyi. Kali ni Inara yang paling laju sekali kemas semua barang - barangnya. Dia harus berangkat ke hospital yang Arjuna dirawat dengan kadar segera. Habis semua pelajar - pelajar diselitnya untuk lebih cepat sampai ke pintu utama sekolah. Alahai kenapa lah hari ni tiba - tiba rasa jauh sangat pintu pagar sekolah pun.
" Inara ! "
Larian kecil Inara terhenti. Inara mula mengalihkan pandangan ke empunya suara.
" Kau nak pergi mana ?" soal Shafiy.
" Hospital...."
" Jom kita pergi sekali....aku pun nak melawat Arjuna..."
Inara mengangguk setuju.
Sesampainya mereka di hospital. Shafiy dan Inara sama - sama jalan beriringan masuk ke dalam, mereka mula menuju ke wad Arjuna. Arjuna telah dipindahkan ke ward biasa. Kelihatan kawasan menuju ke ward Arjuna agak sunyi tika itu. Ini memudahkan lagi perjalanan mereka berdua.
Hampir saja hendak sampai di ward Arjuna, Shafiy tiba - tiba rasa macam nak ke toilet pulak.
" Ermm Inara...kau pergi tengok Arjuna dulu ehh..aku nak pergi toilet kejap..."kata Shafiy.
" Hah okay - okay..."
Shafiy dan Inara mula menukar arah yang berlainan.
Hati Inara kian terasa debarnya. Tak sangka yang dia akan berhadapan dengan Arjuna secara real buat pertama kalinya. Kelihatannya kedua orang tua Arjuna tidak ada di situ saat ini. Mungkin sibuk menguruskan hal adiknya Ayyash barangkali. Inara menolak perlahan masuk ke dalam ward Arjuna. Arjuna ditempatkan di ward vip.Jadi dia sorang - sorang aje lah masa tu.
Masuk - masuk saja ke dalam ward tersebut. Kelihatan Arjuna sedang tertidur polos. Inara menapak perlahan mendekati katil Arjuna. Lama kelamaan dia dapat melihat penuh seraut wajah Arjuna. Wajah lelaki yang berjaya buat Inara tidak keruan itu ditatapnya tidak lepas.
" Ya Allah alhamdulillah....terima kasih sebab dah sedarkan Arjuna...."doa Inara dalam hati.
Tiba - tiba Arjuna mula bergerak kecil. Mungkin terasa apabila dia diperhatikan Inara sejak dari tadi. Lama kelamaan mata Arjuna tercelik perlahan.
Celik - celik saja, wajah Inara yang terpampang membuatkan dahi Arjuna sedikit berkerut.
" Kau....kau siapa ?" soal Arjuna perlahan.
Inara tersentak buat seketika. Lama kelamaan langkahnya mula terundur ke belakang menjauh Arjuna. Arjuna hanya memandang tingkah laku Inara itu aneh.
Tubir mata Inara mula bergenang. Ya Allah, macam mana aku boleh terlupa.Kenapa aku tak pernah nak ingat? Satu hal yang paling Inara harus ingat setiap kali dia menggunakan kelebihannya. Seperti mana seseorang roh itu melupakan kejadian sebelum dia terpisah dengan jasadnya, maka hal yang sama juga akan berlaku andai saja roh itu bersatu semula dengan jasadnya. Ya dalam erti kata lain, Arjuna takkan mengingat apa - apa sekalipun yang berlaku sepanjang dia menjadi roh.
********
Inara hanya menunggu di luar. Hmm tiada guna dia di dalam berjumpa dengan Arjuna andai saja Arjuna tidak pernah mengingat atau mengenali dirinya. Biar saja Shafiy yang berbual dengan Arjuna. Dapat lihat Arjuna tadi pun sudah cukup bagi Inara.
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Novela JuvenilARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...