" Buat apa dekat sini ? " soal Arjuna pelik.
Kelihatan Ayyash memandang tajam ke arah abangnya saat itu. Dia sudah tidak dapat menahan emosinya lagi.
" Kenapa ni Ayyash ? Asal muka macam marah aje ? " soal Arjuna polos tidak tahu menahu apa - apa.
Ayyash melangkah setapak ke hadapan mendekati Arjuna. Arjuna mengundur ke belakang sedikit. Dia mula rasa gerun dengan perilaku adiknya sekarang. Kenapa dengan Ayyash ni ? Tak pernah - pernah dia berperangai seperti ini.
" Ayyash..kenapa ni ? Cuba cakap dekat abang..." soal Arjuna buat kesekian kalinya.
" Ayyash dah penat lah abang.." luah Ayyash akhirnya. Suara dia sedikit kasar.
Arjuna sedikit tercengang. Tidak mengerti kenapa tiba - tiba Ayyash luah seperti itu.
" Apa maksud Ayyash ni ? Abang tak faham lah..."
" Ayyash cakap Ayyash dah penat ! Penat dibanding - bandingkan dengan abang ! Tak kira dekat mana sekalipun....dekat rumah ke sekolah ke sama aje semua.." hambur Ayyash akhirnya.
Iya itu yang dirasakan olehnya saat ini tapi kenapa tiba - tiba dia boleh meletup sampai macam ni ? Hmmm semua disebabkan budak - budak sama batch nya yang tiba - tiba hari ni membulinya tadi. Mereka juga mengungkit dan menyebut - nyebut soal Arjuna.
" Kau adik kepada senior yang bakal jadi ketua pelajar ? Hahahaa adik angkat aje kot ? "
" Abang kau pandai tapi kau ? Bodoh ! "
" Buat malu family aje ada keluarga macam kau ! "
Itu lah sedikit sebanyak kata - kata sinis yang mula meracau dalam fikiran Ayyash tika ini.
" Banding - bandingkan ? Bila masa pulak ? " soal Arjuna tidak tahu langsung mengenai ini.
" Arghhhh bodoh ! Apa yang abang tahu tentang Ayyash ? Papa mama pun sama aje ! Selalu back up abang ! Selalu lebihkan abang ! Habis Ayyash ni ? Tak penting lah ? Anak angkat ? Hahahaha anak sendiri tapi dilayan macam sampah ! " luah Ayyash sehabis boleh.
Sedikit sebanyak telah membuka mata Arjuna saat itu. Dia baru tahu hal sebenar yang dilalui Ayyash selama ini.
" Ayyash....bawa bertenang...abang..."
" Kau patut mati abang Arjuna ! " teriak Ayyash seraya mula menolak kuat Arjuna ke belakang.
Camera ditangan Arjuna terlepas di atas lantai namun malangnya Arjuna terjatuh ke bawah. Penghadang balkoni tingkat 3 ini tidak lah setinggi mana kalau nak dibandingkan dengan ketinggian Arjuna. Selepas hampir beberapa saat Arjuna jatuh..Ayyash seperti baru tersedar ke dunia nyata. Dia tidak menyangka yang dirinya senekad ini.
Ayyash jadi tidak tentu arah. Dia memerhati sekeliling. Takut - takut kalau ada cctv atau orang yang melihat semua itu. Bila dipastikan aman dek kerana cctv tidak disediakan di tingkat tersebut dan tidak ada orang di situ, Ayyash mula melarikan dirinya begitu saja.
" Arjuna...awak okay ? " soal Inara menghapus lamunan yang dialami Arjuna saat itu.
Ya Arjuna dah ingat semuanya. Siapa yang tolak dia hari karnival tu. Memang betul Ayyash yang buat semua tu. Betul - betul dia tak sangka. Selama ni, yang dia sibuk suruh Inara menyiasat di antara kawan - kawan baiknya ternyata adik kandungnya sendiri yang bertindak sebegitu.
Inara mula mengambil tempat disebelah Arjuna.
" Saya tahu awak mesti tak boleh terima semua ni kan ? " soal Inara.
Arjuna terdiam. Air matanya yang mengalir di kesat perlahan. Sumpah kenyataan kali ni memang benar - benar membuatkan dia seorang lelaki menitiskan air mata. Dia agak terkilan. Adik yang dia betul - betul sayang selama ni adalah orang yang tolak dia sampai dia koma sekarang ?
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Novela JuvenilARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...