Bab 11

1.5K 234 23
                                    

Shafiy hanya mendiamkan diri sejak balik daripada BR tadi. Dia sendiri macam susah nak percaya apa yang dia dengar dari mulut Inara. Ya Inara sudah menceritakan segalanya dari A - Z. Apa kelebihan yang ada pada Inara juga sudah diketahui oleh Shafiy.

Mungkin Shafiy sedikit tidak peka dengan sekelilingnya selama ini mengenai Inara. Memang dia ada dengar suara - suara pelajar - pelajar MI yang sibuk bercerita akan seorang gadis yang mempunyai kelebihan mistik seperti Inara. Namun dia hanya buat tak endah saja dan menganggap itu semua khabar angin semata - mata selama ini.

" Aku kena bantu Inara...untuk cari siapa pelaku yang dah tolak Arjuna...aku perlu bersihkan nama aku juga walaupun semua tu tak dapat lagi aku buktikan pada Amyra..." desis hati Shafiy.

Tetiba Shafiy teringatkan saat - saat terakhir dia berbicara dengan Amyra di bilik pengawas tempoh hari.

*Flashback*

" Awak dekat sini rupanya..." tegur Shafiy. Ya macam biasa, Shafiy saja lah yang akan membawa roti dan air kotak untuk Amyra.

Seperti biasa, Amyra melemparkan pandangan jijik kepada Shafiy. Shafiy mula mengorak langkah mendekati Amyra.

" Saya cari awak dekat kantin tak ada tadi....saya ingatkan awak rehat dekat kantin...sebab hari ni bukan giliran awak check kelas kan ? " kata Shafiy.

Amyra menjeling menyampah.

" Lain kali tak payah cari saya lah ! "

Shafiy terdiam seketika. Amyra dah makin kasar bahasanya sekarang. Tiada lagi Amyra yang lemah lembut yang pernah Shafiy kenal dulu.

" Ermmm tak apa lah....nah saya ada bawa kan roti dengan air kotak untuk awak...awak mesti tak makan lagi kan ? " kata Shafiy seraya meletakkan makanan dan minuman tersebut di atas meja yang sedang Amyra gunakan.

Tanpa dipinta Amyra terus menepis makanan dan minuman yang diberi Shafiy itu jatuh ke lantai. Shafiy tersentak !

" Mulai hari ni awak tak payah bawa lagi makanan dan minuman untuk saya ! Saya dah tak perlukan lagi. Arjuna pun tak ada dekat sini...jadi saya nak bagi pada siapa ? Tong sampah boleh lah..." hambur Amyra.

Kprak ! 💔

Kata - kata Amyra sedikit sebanyak merobek hati Shafiy namun entah kenapa Shafiy masih enggan mengundurkan diri cuba memenangi hati Amyra lagi...

" Kenapa awak marahkan saya sangat Myra ? Saya dah cakap kan bukan saya yang tolak Arjuna..saya tak buat la Myra..please stop buat acuh tak acuh macam ni dengan saya.." luah Shafiy penat memendam.

Amyra sedikit terkelu tika itu.

" Saya sayangkan awak sangat - sangat Amyra...walaupun saya tahu saya tak setanding Arjuna di mata awak..tapi saya akan usahakan juga untuk buat awak terima saya...."

" Stop it ! Saya tak nak dengar semua tu...sudah lah pergi jauh - jauh dari hidup saya....Saya takkan pernah suka atau sayang pada awak Shafiy..suka dan sayang saya sampai mati hanya untuk Arjuna...awak dengar baik - baik ea..." kata Amyra selamba tanpa menghiraukan sedikit pun perasaan Shafiy ketika itu.

*End Flashback*

" Oiii kau tidur ke apa Shafiy ? " tegur Shaheizy dek kerana Shafiy sedang memejamkan mata.

Mata dibuka pantas. Wajah Shaheizy yang terpampang di hadapan matanya saat ini.

" Ehh tak ada lah...aku terpejam mata kejap aje..." nafi Shafiy.

Shaheizy sedikit berkerut dahinya.

" Elehh ngantuk cakap ngantuk...tak payah ahh nak cover - cover kau ni...." kata Shaheizy.

Dear, Arjuna Where stories live. Discover now