Bab 1 : Sekolah Baru

64 13 8
                                    

         " menurut aku , cinta itu hasil daripada proses menyukai dan menyayangi . Umpama budak kecil yang mahu beli mainan . Pertama , dia akan tertarik dan suka dengan mainan tersebut . Itu sebab mengapa dia beli . Kedua , setelah lama bermain permainan tersebut , dia akan mula sayang . Tapi ada juga budak yang sudah jemu dengan permainannya . Itu sebab ada yang terus buang . Begitu juga lah dengan orang yang sedang dalam perhubungan [couple] , dah sayang takkan nak buang . Yang sudah sayang dengan pasangannya , pasti enggan melepaskan kerana sudah semakin cinta "

_____

          Ini merupakan hari pertama Dita di sekolah barunya . Dia melangkah masuk melalui pagar utama sekolah setelah turun dari van sewa yang ditumpangnya . Walaupun dia terlahir dalam keluarga yang mewah , Dita tetap memilih untuk hidup bersederhana seperti orang biasa . Dalam perjalanan ke kelas , Dita disapa oleh pengetua yang merupakan ibu saudaranya iaitu Puan Asna .

"Dit , sini ".

" ehh aunty . Ada apa ? "

Puan Asna kemudiannya membawa Dita ke ruangan guru untuk memperkenalkan Dita kepada guru kelasnya .

" perkenalkan Dita , pelajar baharu yang akan belajar di kelas kamu ", kata Puan Asna kepada Cikgu Arini . Diliriknya Dita dari hujung rambut sampai ke hujung kaki . Kemudian dia tersenyum . Kurang sedap rasanya kalau tidak membalas senyuman dari seseorang , Dita pun menarik hujung bibirnya untuk senyum lebar .

" Dita , mari ke kelas . Cikgu nak perkenalkan kamu dengan rakan-rakan sekelas kamu ", jelas Cikgu Arini .

          Setelah sampai di kelas , Cikgu Arini pun langsung mengucapkan salam kepada semua pelajarnya .

" selamat pagi semua ", ucapnya . Dijawab dengan suara-suara garau bercampur lunak daripada pelajar-pelajar yang semakin dewasa . " selamat pagi , cikgu ".

" Angga tidak hadir ? ", tanya Cikgu Arini kepada semua pelajarnya .

" tidak , cikgu ", jawab semua pelajar .

" hari ini kamu semua kedatangan pelajar baru ".

" sila perkenalkan diri kamu ", arah Cikgu Arini .
   
" hai semua , saya Dita Sandrina. Boleh panggil Dita sahaja ", katanya .

Naila kelihatan seperti sedang membisikkan sesuatu kepada Aurora seolah mempunyai muslihat . Dita memandang ke arah Naila yang seolah sedang memperburuk-burukkannya . Dita berfikir bahawa perempuan itu pasti seorang yang bersikap sombong dan suka merendahkan orang lain . Dan itu adalah kenyataan yang benar .

DITA SANDRINAWhere stories live. Discover now