Hai ♡
Bertemu lagi di part 3 kali ini .
Sebelum baca , jangan lupa vote tau ♥SELAMAT MEMBACA !♡
_____
Tiga bulan telahpun berlalu , Dini hanya mampu berkurung di dalam bilik seperti banduan yang dikurung ketat di dalam penjara . Dia hanya dibenarkan keluar dari bilik hanya ketika waktu makan sahaja .
Hidupnya terlalu dikongkong sehinggakan ayahnya sanggup mengupah seorang doktor untuk memeriksa kandungan anaknya di rumah .Rasa rindu Dita ingin meluangkan masa bersama kakaknya harus ditahan . Dia perlu menuruti kata ayahnya untuk tidak mengganggu kakaknya . Dia berasa amat sedih dan bosan .
Dia pernah cuba menghubungi Islan untuk bertanggungjawab atas kandungan kakaknya , namun tidak dapat dihubungi .
Begitu juga dengan Dini . Dia tidak pernah jemu untuk menghubungi dan menunggu khabar dari Islan .Hatinya semakin pecah bagaikan kepingan-kepingan kaca yang bertaburan di lantai apabila dia masih mengharapkan Islan untuk bertanggungjawab . Dia berfikir bahawa Islan tidak bakal mempedulikannya lagi . Dia ingat akan janji Islan yang mengatakan bahawa dia pasti bertanggungjawab dan menjaga anak tidak berdosa itu bersama-sama .
***
Hari demi hari , tiada khabar dari Islan . Dini diselubungi dengan rasa kecewa dan marah serta sakit hati mengenang nasibnya yang telah mengecewakan orang tuanya dan telah ditinggalkan kekasih kesayangannya . Dia juga semakin diabaikan orang tuanya .
Kedua-dua orang tuanya memberi kepercayaan kepada orang gajinya untuk menjaga Dini sementara kasih sayang yang penuh dan beratnya bertan-tan diberikan kepada anak bongsunya iaitu Dita .
Rasa marahnya terhadap Dini masih wujud sehingga kini dan tidak pernah memudar .
Setiap kali makan bersama , ibu dan ayahnya pasti akan berbual-bual dengan Dita sahaja . Dini hanya mampu berdiam dan makan sehingga makanannya habis dan kemudian terus ke bilik untuk tidur .Bukan mudah untuk orang yang dihantui banyak masalah tidur dengan nyenyaknya . Kekadang , Dini hanya tidur beberapa jam sahaja kerana dia terlalu banyak berfikir .
Sikap pilih kasih orang tuanya terhadap anak-anak menyebabkan Dini merasa semakin diabaikan dan disisihkan . Hanya kerana satu kesalahan , mereka sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka menjaga anaknya yang satu itu dengan baik . Dini sering memperhatikan sikap orang tuanya yang begitu menyayangi Dita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh .
Dari jendela biliknya dia melihat kemesraan orang tuanya bersama Dita apabila adiknya itu ingin berangkat ke sekolah . Dia berasa amat iri hati dengan adiknya itu . Dia bahkan berfikir bahawa adiknya sengaja memperlihatkan kemesraannya bersama ibu dan ayahnya .
Semakin dia melihat kebersamaan mereka , semakin timbul rasa dengkinya terhadap Dita .
***
Kisah Islan 3 bulan yang lalu
Lain pula ceritanya dengan Islan . Tiga bulan yang lepas , dia telah dipecat dari kilang tempatnya bekerja . Ini semua disebabkan ulah Encik Adit .
Dalam masa yang sama , dia harus mengelakkan diri dari berhubung ataupun berjumpa dengan kekasihnya Dini . Dia sedang dalam dilema . Jika dia tidak bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungan Dini , Dini pasti akan marah dan akan membencinya kerana telah melanggar dan memungkiri janjinya . Tapi jika dia berhubung dan bertemu dengan Dini , pasti Encik Adit akan marah dan bertindak jahat terhadap dirinya . Dia juga tidak ingin menyakiti Encik Adit .

ANDA SEDANG MEMBACA
DITA SANDRINA
Fiksi RemajaNO DESCRIPTION YET Nikmat cinta di antara lawan jenis jantina pasti berbeda dengan cinta di antara ahli keluarga . Hal ini kerana cinta pada keluarga memang sudah semula jadi wujud dalam diri kita .