Bab 16 : " beban "

7 3 0
                                        

Welcome back ! 🤗
.
.
.
.

SELAMAT MEMBACA

_____

Pepatah ada mengatakan , sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga . Malam itu sekitar pukul 9:30 p.m , Naila baru sahaja pulang dari kafe tempat dia dan kawan-kawannya selalu berkumpul bersama . Setelah pintu rumahnya dibuka , dia sangat terkejut apabila melihat ibunya sedang duduk di sofa menanti kepulangannya . Selalunya , Puan Ayla akan pulang lewat dari tempat kerjanya . Biasalah , Setiausaha Pengurus Syarikat ternama di negara katanya . Sudah tentulah banyak yang harus dikerjakannya di office .

" Nai , sini kejap . Mama ada sesuatu nak tanya ". Serius wajahnya menatap Naila .

Wajah Naila memucat . Dia sememangnya takut akan orang tuanya itu . Di sekolah bukan main sombong , berlagak macam nak mampus . Di rumah , dia umpama hamba yang takut akan Firaun ; patuh dan menurut apa sahaja kehendak ibunya .

" ada apa , ma ? ", sopan mulutnya bertanya .

" duduk ! ", tegas Puan Ayla .

Naila pun menuruti kehendak ibunya . Dia perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di atas permukaan sofa . Wajah ibunya ditatap .

" mama nak kamu mengaku sekarang ! ", pinta ibunya dengan tegas sambil menghulurkan telefon bimbitnya yang mempamerkan satu rakaman video .

Wajah Naila semakin memucat , tangannya gementar , air matanya hampir sahaja jatuh . Dia hanya berdiam , tidak mampu mengungkapkan apa-apa kerana dia tahu ibunya pasti akan menghukumnya dengan lebih berat .

" jawab soalan mama ! ".

Semakin ibunya mendesaknya supaya Naila mengaku , semakin kuat esakan tangisannya .

" ma , ampunkan Naila ma . Naila .... Naila .... ". Rasa takut dan bersalahnya semakin mengerumuni dirinya .

" kamu tahu dia ni siapa ?! ". Berkerut wajah Puan Ayla melihat anaknya itu .

Tidak apa yang dapat Naila katakan . Dia terus-menerus menangis teresak-esak . Bukan kerana apa , dia cuma takut akan hukuman yang bakal menimpanya nanti . Kalau takut kenapa buat ?

" Dia ... Dita .... cucu bos mama tau tak ? Kalau boss mama tau anak setiausahanya cuba membunuh cucunya , nahas kita Nai . Boleh jadi kita tidak akan punya apa-apa lagi ". Bergetar suaranya memarahi satu-satunya intan permatanya itu . Sungguh tidak disangka-sangkakannya , anaknya yang selama ini kelihatan baik di depannya rupa-rupanya berlaku jahat terhadap orang lain di belakangnya .
Mendengar penjelasan dari ibunya itu , dia sangat tidak menyangka bahawa Dita rupa-rupanya cucu kepada bos mamanya . Dia sangat terkejut , menyesal dan takut . Takut jika mamanya dipecat dari perusahaan milik Tuan Irzan . Lantas , semua kata-kata Dita yang pernah ditujukan kepadanya kini terngiang-ngiang di kepalanya . Benarlah apa yang dikatan Dita dulu . " suatu hari , kau pasti akan melutut di depanku " . Hal ini membuatkannya semakin rasa bersalah . Dia tersungukur melutut di kaki ibunya . Meminta berjuta-juta keampunan dari sang ibu .

" perkara ni dah sangat melampau ! Mama tak nak banyak cakap lagi , mama nak esok kamu ikut mama ke balai polis ! ". Sungguh tega Puan Ayla menghukum anaknya sebegitu . Perbuatan anaknya itu memang sudah melampau , patut dihukum .

" ma , jangan ma . Maafkan Naila ma ", dia meraung-raung memohon supaya tidak dimasukkan ke dalam penjara .

" kalau mama tak lapor dengan pihak polis , boleh jadi orang yang hantar video ni akan sebar ke seluruh media sosial . Mana mama nak letak muka mama ni . Lebih baik mama heret kamu ke balai polis , daripada polis sendiri yang datang sini heret kamu ke balai ". Lantas Puan Ayla menepis tangan anaknya yang masih memegang kakinya . Dia lalu pergi meninggalkan Naila dan terus masuk ke biliknya .

DITA SANDRINATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang