Hi guys , sorry lama tak update new chpter .. belakangan ini Aud busy sangat² 🙁
okeyy ...
HERE WE GO !!
_____
Hari semalam ditujukan khas kepada Dita dan Jesper untuk bersenang-senang dan berbahagia bersama . Bermakna , mereka telah melimpasi destinasi yang menempatkan hari mereka untuk bersatu dan membuka buku cinta .
Hari ini , Farrel dan Rissa pula yang akan melalui fasa-fasa kebahagiaan . Mungkin bahagia ... atau sekadar 50% kebahagiaan .Kerana merada begitu teruja , Farrel sehinggakan bangun lebih awal daripada jadual bangun paginya pada setiap hari Sabtu dan Ahad . Selalunya jam 10 , 11 .... Sekarang jam 8 pagi sudah terpacak di depan televisyen sedang menonton rancangan lawak jenaka . Hatinya bagai digeletek rasa ketawa sehinggakan dia tidak henti-henti ketawa .
" aikk . Mimpi apa anak mama ni bangun awal ? ", kata Puan Feni sambil berjalan mendekati Farrel lalu duduk di sebelah anaknya itu .
Farrel hanya menoleh , melihat dan mengabaikan setiap bait-bait kata yang seolah menyindir yang keluar dari mulut mamanya itu .
" tengok cerita apa ni ? Dari tadi mama tengok bibir kamu dah macam Joker saja tak henti-henti senyum dan ketawa ".
" ihhh ma ... Jangan lah tukar .... ", rungutnya setelah melihat jari telunjuk ibunya sedang menekan butang remote TV .
" Farr , mama tak tukar pun ", jawab mamanya .
" woi Farr , kau tukar channel TV tu sekarang . Aku nak tengok ulangan concert BTS ni ", celah Fini sambil tergesa-gesa menuju ke arah adiknya itu .
" ihhh kau ni pun .... semalam kan ada , live lagi tu . Kenapa tak tengok ! ", jawab Farrel kasar kerana kesal dengan kakaknya yang satu itu .
" heh bangsat . Aku tak macam kau lah pemalas ... Aku ada berlambak kerja . Tak macam kau , kerja dah bertimbun macam bukit masih lagi sibuk dengan game bola kau tu ".
" kau ni kan .... Dasar TOMBOI ! Setau aku , tomboi tu tak suka dengan lelaki ... dia suka dengan sama jenis ... ", usik adiknya dengan nada kasar .
" ihhhh !!! Kau ni .... ", geram hati Fini ingin mencubit-cubit perut adiknya itu . Setelah itu mereka berdua pun mulalah berkelahi dan menggeletek antara satu sama lain .
" hoi ! Diam lah ! Korang ni kalau sehari tak gaduh tak boleh kah ?! ", tegur Fina ; kakak sulung .
" ni ha ... adik kembar akak ni , tomboi sangat sampai aku pun habis dicubit . Ingat aku ni garam kah nak cubit aku ", jawab Farrel main-main .
" ehhh dah , dah . Korang ni asyik nak bertekak saja . Korang tau tak perangai korang ni boleh buat mama sakit jantung tau ", mamanya cuba menghentikan perkelahian mereka bertiga .
" cuba lah korang semua ni ikut perangai si Fana tu . Korang tengok lah sendiri , ada dia menyusahkan mama ? Ada ? ", sambungnya lagi .
Begitulah kehidupan Farrel dan kakak-kakaknya setiap hujung minggu . Tak pernah skip daripada berkelahi dan bertekak , ada saja hal yang memebuatkan mamanya emosi .
Ini adalah keluarga Farrel , keluarga yang sangat kecoh kerana perang mulut di antara anak-anak , tetapi penuh dengan kebahagiaan yang membuatkan mereka tidak ingin menjauh daripada satu sama lain . Itu sebab mengapa Fina , Fini dan Fana menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan sebaliknya menyambung sekolah di universiti yang berdekatan dengan kawasan perumahan mereka .

ANDA SEDANG MEMBACA
DITA SANDRINA
Teen FictionNO DESCRIPTION YET Nikmat cinta di antara lawan jenis jantina pasti berbeda dengan cinta di antara ahli keluarga . Hal ini kerana cinta pada keluarga memang sudah semula jadi wujud dalam diri kita .