Layar televisyen masih terang menyala . Dita terbaring di atas sofa sambil tangannya terjuntai ke bawah memegang remote televisyen . Bukan dia yang menonton televisyen , sebaliknya televisyen yang menonton diaa. Hal ini kerana badannya masih lemah dan memerlukan rehat yang cukup . Selalunya , dia akan betah duduk di dalam bilik seharian . Tetapi entah mengapa tiba-tiba hari ini dia merasa sangat bosan bersendirian di bilik .
" Puan ! Puan ! Ada orang nak jumpa Puan ! ", jerit bibik Nona dari luar rumah sambil tangannya memegang penyapu dan kakinya melangkah masuk untuk menemukan Puan Nitya .
" ada apa bik ? ". Puan Nitya baru sahaja habis mencuci buah epal yang hendak dipotongnya untuk Dita nanti .
Bibik Nona menghentikan langkahnya , kakinya memutar ke arah dapur lalu dia pun melangkah menuju ke arah Puan Nitya .
" Puan , ada orang nak jumpa Puan katanya . Tadi saya dah suruh dia masuk tapi dia tak nak . Mungkin dia suruh Puan jemput baru dia nak kot".
" yelah . Kamu sambunglah kerja kamu tu ya . Kalau dah siap nanti kamu tolong saya potong-potong buah tu ya ". Telunjuknya menunjuk ke arah buah epal yang baru sahaja dia cuci .
Dia kemudiannya melangkah keluar dari dapur dan terus menuju ke pintu utama . Kelihatan seorang pemuda yang sedang menggalas beg dan masih mengenakan baju seragam sekolah berdiri di luar pintu rumahnya sambil tersenyum lebar ke arahnya .
" ehhh Angga , masuk lah ", jemput Puan Nitya .
Angga melangkah masuk lalu bersalaman dengan Nek Tya . Mereka pun menuju ke ruang tamu yang memperlihatkan layar televisyen yang masih menyala dan seorang gadis yang berbaring malas sambil matanya tertutup melayan nyenyak .
Puan Nitya menggelengkan kepalanya setelah melihat cucunya itu . " Dit ... Dit ... Bangun Dit". Puan Nitya menepuk-nepuk tubuh Dita supaya dia segera bangun . " Dit , bangun nak . Kenapa tidur di sini ni ?".
Dita menggeliat sambil menggosok matanya lalu menguap . " apa nek .... ". Lemah suaranya berbicara kepada neneknya . " kenapa tak tidur di bilik ? Kenapa di sini ? ", tanya neneknya .
Dita kemudiannya bangun dan duduk . Kepalanya dilabuhkan di bahu neneknya yang baru saja melabuhkan punggungnya di atas sofa . Puan Nitya mengusap-usap kepala cucunya .
" Dita bosan la nek , tu sebab Dita turun ..... ingatkan bila tengok tv bosan tu akan hilang ", rungutnya . " Dita nak sekolah ", sambungnya lagi .
" isnin nanti baru boleh sekolah . Sekarang , Dita harus banyakkan berehat supaya lekas dapat tenaga semula ", jawab Puan Nitya .
" yelah ... yelah ". Dia lalu melepaskan punggungnya dari permukaan sofa dan menuju ke bilik air untuk mencuci dan menyegarkan wajahnya .
Agaknya Dita masih belum perasan bahawa Angga datang ke rumahnya . Angga hanya tersenyum melihat gelagat Dita yang merungut kerana bosan duduk di rumah . Dia juga geli hati melihat aksi comel Dita yang bersikap manja dengan neneknya .
" kak Dini mana nek ? Kerja kah ? ", Angga memulakan perbualannya dengan Nek Tya .
" ada di bilik , tengah awasi Ghia tidur kot ", jawab Nek Tya .
Tidak lama kemudian , Dita pun kembali ke ruang tamu . Alangkah terkejutnya dia melihat keberadaan Angga di rumahnya . Dia perlahan-lahan mendekat . " bila masa kau sampai di sini ? ". Dita melabuhkan punggungnya di atas permukaan sofa di sebelah neneknya .

ANDA SEDANG MEMBACA
DITA SANDRINA
Fiksi RemajaNO DESCRIPTION YET Nikmat cinta di antara lawan jenis jantina pasti berbeda dengan cinta di antara ahli keluarga . Hal ini kerana cinta pada keluarga memang sudah semula jadi wujud dalam diri kita .