Hallo ♡
Sebelum baca , vote dulu ok ♡SELAMAT MEMBACA !♡
_____
Sinaran Matahari pagi memancar cerah dari arah jendela bilik Rissa tepat ke wajah Dita . Dita bangun lalu mengusap mukanya . Dia melirik jam yang berpaut pada dinding bilik Rissa .
Jam menunjukkan pukul 9 : 30 a.m . Nampaknya kali ini dia bangun agak kesiangan .
Rissa masuk ke dalam biliknya untuk melihat sama ada Dita sudah bangun atau pun belum .
Dita memandangnya dengan wajahnya yang masih lemah gemalai dengan rambut yang sama seperti sarang burung yang belum siap dibina sepenuhnya ." Riss , maaf sebab lambat bangun pagi . Selalunya awal tapi entah mengapa hari ni lambat pula " .
" takpa Dit , saya tahu kamu penat ".
Dita hanya senyum sambil menguap beberapa kali . Dia mengangkat paksa badannya yang masih tidak ingin berpisah dengan tilam dan bantal menuju ke bilik air untuk bersiram .
Rissa kembali ke dapur untuk membantu ibunya memasak . Rissa sememangnya anak yang suka membantu tetapi , mulutnya yang bak murai tidak berhenti bercicip kekadang membuat ibunya tidak betah mendengar petpot-nya itu .
.......... bukan sahaja rajin membantu ibunya , dia juga seorang yang rajin belajar sebab itulah dia menjadi pelajar terbaik di sekolahnya .
" Dita dah bangun? ".
" sudah mak . Tadi dia ke bilik air . Nak mandi katanya ", jawab Rissa .
***
Aroma rempah kari ayam yang berterbangan di dalam dapur menaikkan selera makan . Beberapa pinggan kaca dan gelas disusun di meja manakala hidangan kari ayam bersama sayur campur tertumpuk di tengah-tengah meja .
Rissa menuju ke bilik . Tombol pintu diputarkan lalu pintu ditolak ke dalam . Ruang bilik memperlihatkan Dita sedang mengikat rambut kerintinganya .
" Dit . Jom makan ".
" tunggu sebentar lagi Riss ", jawabnya sambil merapikan anak rambutnya yang masih berjuntai .Kakinya melangkah keluar dari bilik dan terus menuju ke ruang makan .
" aunty , abang Islan mana ? ".
Sepertinya dia sudah tidak mempunyai perasaan benci dan marah lagi terhadap Islan setelah mendengar penjelasan dari Puan Hani .
" Islan pagi-pagi sudah pergi kerja , Dit ".
Islan di mata Dita tidaklah sejahat yang dia fikir . Baru sekarang dia sedar , Islan tidak pernah berubah . Dia hanya terpaksa menghilang untuk sebuah kebaikan .
Sungguh bijak Puan Hani mendidik kedua-dua anaknya itu sehingga mereka berdua menjadi seorang yang sangat bekerja keras dan rajin serta mempunyai hati yang baik .***
Beberapa ketukkan pintu terdengar dari arah pintu depan .
" aunty , biar saya tengok siapa yang datang tu ", pinta Dita .
Dia pun melepaskan punggungnya dari permukaan kerusi dan menuju ke arah pintu depan . Pintu pun dibuka . Dita tersentap melihat wajah seseorang yang baginya amat menjengkelkan berdiri di depan rumah Puan Hani .
***
" mimpi apa kamu ke sini , Ngga ? ".
.......... kerana terlalu fokus menatap Dita , dia sampai tidak mendengar apa yang Puan Hani katakan . Rissa cuba memanggil Angga untuk menghentikan tatapannya terhadap Dita .

ANDA SEDANG MEMBACA
DITA SANDRINA
Novela JuvenilNO DESCRIPTION YET Nikmat cinta di antara lawan jenis jantina pasti berbeda dengan cinta di antara ahli keluarga . Hal ini kerana cinta pada keluarga memang sudah semula jadi wujud dalam diri kita .