Happy Birthday Jesper ( part 2 )

15 2 0
                                    

_____

Hal yang paling membahagiakan bagi seseorang yang sedang angau bercinta adalah meluangkan masa bersama orang tersayang atau lebih dikenali sebagai kekasih hati . Justeru , hal inilah yang akan dirasai oleh Dita dan Jesper sebentar nanti .

Sebagai hadiah hari jadi yang paling istimewa untuk sang kekasih hati , Dita memilih untuk memberi hadiah yang paling bermakna untuk Jesper , iaitu KENANGAN INDAH . KENANGAN adalah sesuatu yang akan melekat di dalam hati dan ingatan kita selamanya . Meskipun sering kita lupa kejadian-kejadian yang kita alami sepanjang hidup kita , namun akan ada satu masa di mana kenangan-kenangan itu akan kembali berlegar di dalam fikiran kita .

Sedang Dita melihat penampilannya melalui cermin yang berdiri di sudut biliknya , satu notifikasi yang menandakan satu pesanan mesej masuk pun berbunyi . Dia kemudiannya berjalan ke arah telefon bimbitnya yang berbaring kaku di atas meja belajarnya .

Nama Jesper terpapar jelas di layar skrin telefon bimbitnya .

" dah siap kah , sayang ? "

Pesanan mesej tersebut lantas membuatkan Dita tersenyum sendiri . Dia kemudiannya cepat-cepat kembali ke meja soleknya yang tidak tentu berguna baginya untuk duduk dan menochangkang rambutnya dengan kemas . Kali ini rambutnya ditochang dua baris seperti tanduk kambing .

Setelah selesai , dia pun bangun dan melihat dirinya semula di cermin . Walaupun hanya memakai baju berwarna putih bersaiz besar berserta seluar pendek yang tenggelam penampakkannya akibat ditutup bajunya yang teramat besar , namun dia masih kelihatan stylish di mata remaja zaman sekarang suka tampil dengan fesyen sebegitu .

" agak-agak Jesper suka tak kalau penampilan aku macam ni ? ", Dita mula bercakap dengan pantulan dirinya sendiri di cermin .

" hmmm ... kalau pakai hoodie nanti jemu pula dia tengok penampilan aku ... nak pakai jumpsuit nanti dia cakap aku ni takda baju lain selain jumpsuit dan hoodie ... ".

" arhhgg ! Apa-apa sajalah ".

Setelah bercakap dan berbincang dengan dirinya sendiri , dia kemudiannya menyambar beg silangnya dan kamera kecil yang terletak di atas permukaan katil lalu keluar dari biliknya terus menuju ke bawah .

" nahh ... tu pun Dita dah turun ", kata Dini yang dari tadi menemani Jesper di ruang tamu .

" jom Jesp ... ", kata Dita .

Wow ! Itu pertama kalinya Jesper melihat rambut Dita ditochang dua baris . Sungguh comel ! Bajunya yang oversize yang sesuai dengan tubuhnya juga membuatkannya semakin kelihatan comel .

" Jesp ... jom ", kata Dita sekali lagi .

" ohh , okey ... jom lah ", jawabnya setelah sedar dari tatapan kagumnya melihat kecantikkan Dita . Dia lalu bangun dari sofa dan terus menuju ke arah Dita . Kemudian , dia pun mengekori Dita keluar dari rumah besar milik Puan Nitya .

" kamu cantik ... ", dua kata itu tiba-tiba keluar dari mulut Jesper menyebabkan Dita menoleh ke belakang .

" really ? Kalau saya ditakdirkan tak cantik , adakah kamu akan menerima saya seperti sekarang ini ? ".

" cantik bukan berasal dari wajah semata-mata . Hati kamu cantik , kamu mudah memahami situasi saya ... itu yang membuat saya tertarik dengan kamu . Ciri-ciri itu yang saya nak . Bukan kerana cantiknya semata-mata ... ".

DITA SANDRINAWhere stories live. Discover now