Merenung pasti sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang dihempap beribu permasalahan . Begitu juga dengan Jesper yang merenung jauh ke luar jendela dapur rumahnya . Sambil tangannya menggosok lembut piring kaca berwarna putih yang sebentar tadi digunakannya untuk makan .
" Tuan ! Tuan ! Ada orang nak jumpa Tuan ". Pembantu rumah Encik Gunawan berlari ke dapur sambil memanggil-manggil Jesper kerana ada seseorang ingin berjumpa dengannya .
Jesper pun tersentap mendengarnya . Dia kemudiannya menutup pili paip lalu meletakkan piring yang dicucinya tadi di tempat khas untuk meletak piring atau pinggan . " cakap saja saya busy . Saya tak nak jumpa dengan sesiapa pun ".
" tapi Tuan .... itukan mama Tuan . Takkan tak nak jumpa ".
" bik .... please . SAYA TAK NAK JUMPA SESIAPA PUN ... TERUTAMANYA PEREMPUAN SIAL TU ", lembut suara Jesper berbicara dengan pembantu rumahnya . Bukan apa , dia hanya ingin memberi hormat kepada orang yang selama ini berjasa kepadanya .
" baiklah Tuan ". Pembantu tersebut pun berlalu meninggalkan Jesper sendiri dan terus menuju ke luar rumah .
...
" macam mana bik ? Dia nak kah ? ", tanya Puan Winda kepada bekas pembantu rumahnya .
" dia taknak jumpa sesiapa pun . Lagi-lagi Puan ", jawab pembantu itu dengan sangat berani . Dia juga tidak berpuas hati melihat kedatangan Puan Winda ke rumah majikannya itu .
" berani kau ya ! Kau tu cuma pembantu ! ", tengking Puan Winda .
" Puan pernah sekolah kan ? Pasti Puan faham apa maksud saya tadi , kan ? ", kali keduanya pembantu rumah tersebut memberanikan diri menjawab kata-kata Puan Winda .
" kau buka pintu pagar ni ! SEKARANG ! ", pinta Puan Winda secara kasar .
Pembantu itu tidak mengendahkan bekas majikannya itu . Dia terus berlari meninggalkan Puan Winda dan terus menuju ke dalam rumah untuk menemukan Jesper .
" Tuan ... Tuan ... Mama Tuan mengamuk di luar sana . Dia berkeras nak masuk ke sini . Tolong ya Tuan . Saya tak tahu macam mana nak halau dia lagi ". Pembantu itu meminta supaya Jesper sahaja yang menghalau mamanya sendiri daripada masuk ke kawasan rumah mereka .
Setelah itu , Jesper pun menuju ke luar rumah . Dengan gaya gangsternya dia berjalan ke arah ibunya .
" KAU buat apa di sini ! ", berkerut dahinya melihat ibunya itu . Matanya memandang tajam ke bola mata ibunya . Itu pertama kalinya Jesper memanggil ibunya dengan panggilan ' KAU ' .
" Jesp , izinkan mama masuk . Mama nak bercakap dengan kamu . Sebentar saja ", rayu Puan Winda .
YOU ARE READING
DITA SANDRINA
Novela JuvenilNO DESCRIPTION YET Nikmat cinta di antara lawan jenis jantina pasti berbeda dengan cinta di antara ahli keluarga . Hal ini kerana cinta pada keluarga memang sudah semula jadi wujud dalam diri kita .