Bab 10

17 4 0
                                    

Hai semua
Sebelum tu , Aud nak minta maaf kalau bab-bab sebelum ni tak berapa nak baik sangat . Tapi saya dah cuba . Maklumlah baru nak berjinak-jinak menulis . Hehe .

Selamat datang ke bab 10 .

Selamat membaca !
JANGAN LUPA VOTE TAU

_____

Usaha seorang adik ingin memperbaiki hubungannya bersama sang kakak tidak akan pernah pudar . Dita sering mencari celah untuk berbicara dengan kakaknya . Walaupun sering tidak diendahkan , dia masih setia untuk cuba bercakap dengan sang kakak .
Sebaik sahaja balik dari sekolah , dia terus diajak neneknya untuk bersiar-siar di mall bersama-sama . Para kaum hawa pasti tidak asing lagi ketika diajak ke mall . Tidak seperti Dita yang bersikap hambar ketika diajak berjalan-jalan , apalagi ke tempat-tempat umum .

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta besar milik neneknya , pemandu terus menekan minyak dan kereta pun dipandu menuju ke mall tempat mereka selalu berbeli-belah .

Tidak lama kemudian , kereta pun siap diparkir di depan mall . Kelihatan kaki sang nenek melangkah keluar dari pintu kereta , diikuti dengan Dini kemudian Dita . Neneknya berpakaian seperti ala-ala Datin Sri dalam drama televisyen . Tapi kenyataannya , Puan Nitya sememangnya seorang Datin Sri . Wajarlah dia berpakaian sebegitu . Dini pula berpakaian ala-ala orang korea dengan baju paras pusat dan seluar jeans . Manakala Dita , hanya memakai hoodie serta seluar jeans dan tidak ada sebarang beg pun yang dijinjingnya tidak seperti nenek dan kakaknya .

Mereka pun melangkah masuk ke dalam mall . Kedatangan mereka disambut oleh muzik k-pop nyanyian kumpulan k-pop terkenal di Korea Selatan , Blackpink .

' hit you with that ddu ddu ddu ..... ayehh ayehhh '

Lagu itu berhasil membuat kepala Dita menari-nari mengikut rentak muziknya . Dia berjalan menyusuli belakang nenek dan kakaknya . Neneknya kemudian menoleh ke arah Dita .

" Dit , nenek dan kakak nak pergi ke tempat barangan elektrik . Kamu nak ikut ? ".

" takpa lah nek , Dita nak naik atas , nak cari novel" .

" yelah ". Puan Nitya membenarkannya .

Dia kemudiannya berpaling lalu menuju ke eskalator . Tangga eskalator pun membawanya naik ke tingkat dua .

***

Setelah berjam-jam berkeliaran di mall , mereka pun memutuskan untuk singgah sebentar di restoran berderkatan dengan pusat membeli-belah tersebut .

Berat rasa hati Dini untuk melangkah masuk ke dalam . Walaubagaimana pun , dia harus masuk juga .

Punggung pun sudah selesa berlabuh di atas kerusi lembut restoran . Neneknya melambai-lambai ke arah waiter untuk meminta pesanan .

..........

Paha kanan Dita terasa bergetar akibat getaran bunyi dari telefon bimbitnya .
Nombor seseorang yang tidak dikenalinya terpapar di layar telefon . Secara tidak ragu-ragu , dia terus menekan butang hijau pada screen telefonnya .

DITA SANDRINATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang