Welcome back guys ♡
Sebelum baca jangan lupa vote tau .....
SELAMAT MEMBACA ! ♡
_____
Suhu pada malam itu agak dingin akibat hujan yang masih belum berhenti menjatuhi bumi . Bumi terus menangis sehingga tiba waktu subuh . Walaupun lena dibuai mimpi , Puan Hani tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai umat Islam untuk menunaikan solat subuh pada awal pagi itu . Dia bangun lalu melipat selimutnya dan mengemas katil sebelum keluar dari bilik . Setelah itu , dia menuju ke bilik air untuk menyegarkan mukanya . Dia kemudiannya menuju ke bilik Rissa dan Islan untuk mengajak mereka menunaikan solat bersama . Rissa cuba menyedarkan Dita dari tidurnya . Dia ingin mengajak Dita untuk menunaikan solat bersama . Dita yang masih mamai terpaksa membuka matanya . " maaf Riss . Kepercayaan kita berbeza ".
" ohhh . Saya tak tahu tentang itu . Maaf Dit sebab ganggu kamu tidur ".
" tak apa .... tak apa ". Kelopak matanya sudah tidak dapat menahan lagi . Dia terus tidur dan membentangkan selimut ke seluruh badannya sehingga kepala kerana kesejukkan .
Di sisi lain pula , Islan bangun dan bersiap-siap untuk menunaikan ibadah . Ditinggalkannya Angga sendirian di bilik . Dia tidak mungkin membangunkan Angga kerana dia tahu sepupunya itu berbeza agama dengannya . Islan kemudiannya menuju ke bilik emaknya dan membuat ibadah di sana . Kelihatan adik bersama ibunya sedang menunggu ketibaannya . Mereka kemudiannya beribadah seperti biasa .Sedang mereka menunaikan ibadah , mereka terkejut apabila mendengar satu teriakan kuat dari arah bilik Rissa . Itu pasti Dita . Ibadah mereka pun terbatal dan mereka kemudiannya tergesa-gesa ke bilik Rissa . Mereka sangat terkejut setelah melihat apa yang sedang berlaku di dalam bilik tersebut . Kelihatan Dita sedang memukul-mukul Angga menggunakan bantal dan memintanya keluar dari bilik . Rupa-rupanya , Angga tersalah masuk ke bilik Rissa kerana keadaannya yang setengah bangun setengah tidur . Dia mamai sehingga tidak sedar bahawa bilik yang dia masuk itu adalah bilik Rissa lagi pula bilik Islan bersebelahan dengan bilik Rissa .
Puan Hani yang melihat kejadian itu pun menggeleng-gelengkan kepalanya kerana dia berfikir ada sesuatu yang buruk berlaku di rumahnya itu tetapi rupa-rupanya ada yang tersalah masuk bilik .***
Sarapan pagi yang ditemani dengan roti mentega bersama secawan milo panas sudah cukup untuk menambah tenaga mereka pada pagi itu . Dita menggalas begnya lalu menuju keluar bersama Rissa . Seperti biasa , mereka akan menunggu van di depan halaman rumah . Sedang mereka berjalan , kedengaran suara garau memanggil nama Dita dari arah belakang . Mereka berdua pun menoleh ke belakang . Kelihatan Angga sedang melambai-lambai sambil tersenyum namun tidak diendahkan Dita . Dita terus menarik Rissa dan membawanya ke pinggir jalan .
Kerana lambaiannya tidak diendahkan , Angga terus menuju ke arah motosikalnya lalu menghidupkan enjin . Setelah itu , dia menunggang motorsikalnya keluar dari halaman rumah Puan Hani . Kelihatan dua orang gadis sedang menunggu van di pinggir jalan . Dia menghentikan motorsikalnya tepat di hadapan mereka .
" mau tumpang tak ? ". Bebola mata Angga tertuju kepada Dita . Ini bermakna , dia ingin mengajak Dita ke sekolah bersama .
" no , thanks ", jawab Dita .Rissa melihat mereka sambil tersenyum-senyum . Dia seperti sedang menginginkan Dita pergi ke sekolah bersama sepupunya itu .
" Dit , baru saya ingat , buku latihan matematik saya tertinggal di rumah ". Tanpa melengahkan masa , dia berlari anak menuju ke rumahnya .
" semalam kau tolong aku . Hari ini aku pula tolong kau ". Angga cuba memujuk Dita supaya mahu menaiki motorsikal ke sekolah bersamanya .
" aku tak perlukan bantuan sekarang ". Dita masih berkeras dan tidak ingin ke sekolah bersama Angga .
YOU ARE READING
DITA SANDRINA
Fiksi RemajaNO DESCRIPTION YET Nikmat cinta di antara lawan jenis jantina pasti berbeda dengan cinta di antara ahli keluarga . Hal ini kerana cinta pada keluarga memang sudah semula jadi wujud dalam diri kita .