Hari Isnin , hari yang malas bagi pelajar-pelajar yang tujuannya ke sekolah hanya kerana dipaksa orang tua . Namun bagi sesetengah pelajar yang mempunyai niat yang begitu tulus ke sekolah untuk belajar , hari Isnin adalah hari yang memancarkan semangat untuk mereka . Sama halnya dengan Rissa . Setiap hari dia pasti akan bersemangat ke sekolah . Oleh hal yang demikian , dia selalu jadi yang teratas jika keputusan ujian bulanan diumumkan di papan notis sekolah .
Lain pula halnya dengan Farrel , walaupun dia ditempatkan di kelas atasan (kelas terpintar) , dia sering berada di kedudukan yang di tengah dalam senarai pelajar yang lulus ujian .Tidak seperti pagi-pagi biasa Farrel ke sekolah , kali ini dia bangun lebih awal dari waktu yang biasa . Semangatnya ke sekolah pada hari ini sangat berbeza .
" ishhh siapa pula yang mandi ni ! Lama sangat ! Fana ! Fana ! Cepat la keluar . Giliran aku pula ", jerit Fina dari luar pintu bilik air utama rumahnya .
" ada apa kak ? ", jawab Fana sambil berjalan ke arah Fina .
" aikk .. Bukan kau kah yang ada di dalam ? ", tanya Fina hairan .
" bukan saya lah . Farrel ", jawabnya .
" woi Farr !! Lekas lah mandi tu ! Mengalahkan perempuan ! ", jeritnya lagi sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air .
" ihhh sabar lah ! Kejap lagi aku keluar lah ", balas Farrel .
" kau ni pun satu . Bilik kau tu kan ada bilik mandi , kenapa nak mandi di sini juga ?! ".
" sukahati aku lah . Kalau kau nak mandi , kau pergi saja ke bilik aku ... mandi di sana ", jawab Farrel .
" ishhh kau ni ", dengus Fina lalu beredar dan menuju ke bilik adiknya itu .
Fana pula setia menunggu adiknya selesai mandi . Dia memang dikenali dengan sikapnya yang sabar dan tenang , tidak seperti kedua-dua kakak kembarnya itu .
Setelah sampai di bilik Farrel , Fina pun masuk ke bilik air yang terletak di bilik adiknya itu .
" ya Allah .... Farrel ! Patutlah kau tak nak mandi di sini .... Aduhhh habis rosak water meter ni ", Fina mula membebel sendiri di kamar mandi adiknya .
Oleh sebab water meter tersebut rosak , dia terpaksa menggunakan air biasa untuk mandi . Tidak kira sejuk , dia terjah saja asalkan badannya dapat disegarkan dan dibersihkan .
30 minit kemudian .......
" kau dah kenapa ? Tercegat di depan bilik ", tanya Fini setelah melihat Farrel yang masih tercegat dan berdiri di depan pintu biliknya .
" sukahati aku lah nak tercegat kah terkangkang kah mencangkung kah . Kau apa kesah ", jawab Farrel dengan kasar . Kasar yang bernada tidak serius .
" anjing punya adik . Tak pernah nak serius ", Fini menjeling adiknya lalu beredar dari situ .
Kerana merasa bosan menunggu lama di depan biliknya , Farrel pun mengetuk pintu biliknya dengan ketukan yang kuat . " woii kak Fina ! Lama lagi kah ! Takkan aku nak bertuala sampai besok ", jerit Farrel .
" kejap ... kejap . Dah nak keluar ni ", jawab Fina dari dalam bilik .
Tidak lama kemudian , Fina pun keluar . Siap dengan pakaian kemas untuk ke kolej sebentar nanti . " heh , kau tu kalau guna water meter , guna elok-elok lah . Ni sampai rosak ", ejek Fina kepada adiknya .

ANDA SEDANG MEMBACA
DITA SANDRINA
Novela JuvenilNO DESCRIPTION YET Nikmat cinta di antara lawan jenis jantina pasti berbeda dengan cinta di antara ahli keluarga . Hal ini kerana cinta pada keluarga memang sudah semula jadi wujud dalam diri kita .