2013
Pada hujung minggu, ibu bapa kepada pelajar asrama dibenarkan untuk melawat anak mereka. Ada sesetengah ibu bapa yang datang membawa makanan dan menikmati makanan bersama di pondok yang disediakan. Ada juga yang duduk di padang beralaskan tikar.
Seperti sedang berkelah...
Seperti biasa, ada Farren yang sedang menunggu di salah satu pondok. Memerhati kereta-kereta yang memasuki kawasan sekolah. Farren mengeluh. Jam di tangan kiri dikerling seketika. Haih, mana ibu abah ni? Bibir mengukir senyuman nipis tatkala melihat Syalina yang datang menuju ke arahnya dengan tangan yang memegang beberapa plastik.
Sememangnya Syalina akan membawa bekalan makanan lebihan yang dibawa oleh ibunya ke dalam bilik untuk dimakan bersama-sama. Kadang-kala, Farren juga turut melakukan hal yang sama dan malam itu akan menjadi cheat day buat mereka.
"Aku masuk dulu ya." Farren hanya angguk dan melambaikan tangan. Mata kembali memerhati. Jam sudah hampir masuk jam enam petang. Sudah lah tepat jam enam pintu pagar bakal ditutup. Peraturan asrama...
Waktu melawat hanya dari pukul tiga sehingga enam sahaja.
Bias matanya bertukar keriangan tatkala melihat kereta Honda Civic memasuki kawasan sekolah. Pintu kereta dibuka dan bibirnya mengukir senyuman lebar melihat wajah keluarga tercinta.
"Ibu abah tak nak turun duduk di pondok?" tanya Farren lembut. Mereka hanya menggelengkan kepala menolak lembut perlawaan anak gadisnya yang baru sahaja berumur 13 tahun itu.
"Tak apa, kita borak dalam kereta aje. Lagipun, masa melawat dah nak habis." Lembut ibu berkata membuatkan Farren hanya setuju dan memasuki perut kereta. Riuh di dalam kereta dengan suara gembira Farren menceritakan hari-harinya di asrama. Walaupun baru sahaja memasuki asrama tahun ini, Farren amat pandai menyesuaikan diri.
Hanya minggu pertama sahaja, Farren akan menghubungi ibunya sambil menangis ingin balik. Homesick! Bukan setakat Farren yang menangis, ibu juga turut menangis. Tak sanggup mendengar anak perempuan tunggalnya yang menangis esak menyatakan dia ingin pindah sekolah. Tak mahu duduk di asrama.
Mujur sahaja abah tidak melayan. Abah mengeraskan hatinya dan hanya menyuruh Farren untuk bertahan selama setahun. Jika dalam masa setahun, homesicknya tidak hilang barulah abahnya akan pertimbangkan permintaannya untuk pindah sekolah.
Mujur hanya seminggu Farren itu menangis. Selepas seminggu, Farren sudah mula terbiasa. Dia juga sudah mempunyai kawan. Jadi dia sudah tidak menangis. Menangis di dalam bilik air sahaja. Jika dia menghubungi ibunya, dia sudah tidak menangis. Malah suaranya ceria bercerita itu ini.
Di dalam kereta, banyak celoteh Farren pada petang itu sehingga tidak sedar bahawa masa melawat sudah pun tamat. Farren menayangkan muka sedih apabila ibunya mengatakan bahawa mereka sudah ingin pulang.
"Ibu balik dulu ya. Ada rezeki, ibu datang lagi," kata ibu lembut. Farren angguk. Dirinya berasa tidak sabar-sabar untuk balik. Namun, dirinya harus menunggu selama dua minggu lagi. Farren padang wajah ibu dan abah dengan penuh sayang. Entah mengapa, dia berasa tidak enak.
"Kakak jaga diri ya? Jangan lupa solat, jangan lupa berdoa. Makan pun jangan abaikan, okay?" Lembut abah memberi nasihat. Farren jatuhkan wajah lagi. Kenapa wajah abah nampak sunggul sahaja dari tadi. Farren perasan akan hal itu dari awal lagi.
"Belajar elok-elok. Ibu nak kakak berjaya dunia dan akhirat."
"Baik, ibu..." Bibir Farren sudah menggigil menahan tangis.
"Ibu dan abah sayang kakak. Sentiasa ingat ya?" Sebak ibu berkata lagi. Akhirnya, air mata Farren tumpah jua. Mata ibu juga turut berair, namun ibu pandai mengawalnya.
"Dah lah, jangan nangis. Nanti ibu dah tak ada nak lap air mata kakak. Nak peluk kakak," kata ibu sambil menghapuskan air mata Farren. Lantas, tubuh kecil itu dipeluk erat. Bagai pelukan terakhir.
"Kakak, abah nak pesan. Jika suatu hari nanti, apabila ibu dan abah dah tiada, tolong bergembira selalu. Kakak tahukan, ibu dan abah tak suka tengok kakak sedih? Jadi, senyumlah selalu walaupun ada masalah. Nabi pun akan sentiasa senyum kalau Baginda sedang bersedih bukan?" Farren hanya angguk. Walaupun pelik akan pesanan abah, Farren hanya diam dan berharap semuanya akan baik seperti biasa.
Farren menyalami dan memeluk ibu dan abahnya. Farren senyum apabila abah mencium dahi dan pipinya. Jarang abah mahu menciumnya. Dan apabila abah melakukan itu, dia bahagia! Amat bahagia!
Ibu juga memeluknya lama. Mujur sahaja abah menyuruh ibu melepaskan pelukan apabila abah nampak bahawa guard sedang menunggu untuk menutup pagar. Farren ketawa apabila melihat ibunya mencebik. Ibu comel!
Kereta Honda itu mula bergerak keluar dari kawasan sekolah. Farren hanya berdiri statik melihat kereta keluarganya dari belakang. Tangan melambai-lambai berharap bahawa ibu juga turut melambainya.
Baru sahaja kereta itu ingin meluncur laju, datang sebuah lori dari sisi kereta keluarga Farren. Mata gadis itu membulat tatkala melihat lori itu laju menuju ke arah kereta itu.
BAM!
Kereta milik ahli keluarganya ditempuh kuat sehingga terbalik. Terdapat beberapa serpihan kereta bertaburan di jalan raya. Kereta itu juga sudah mengeluarkan asap. Farren menggelengkan kepalanya. Tak mungkin. Kakinya mula lemah namun dikuatkan dan melangkah laju menuju ke arah kereta yang sudah terbalik itu.
"T-tolong..." Sayup-sayup mendengar suara ibu meminta tolong. Farren lantas berlari.
"K-kakak..."
Belum sempat menghampiri kereta, badannya ditarik kuat oleh seseorang apabila kereta keluarganya meletup dan terbakar. Badannya menggigil melihat api yang marak menjilat kereta itu. Asap hitam mula berkepuk menghiasi langit.
Telinga sempat mendengar suara jeritan ibu meminta pertolongan dan menjerit namanya. Air mata semakin banyak menyembah tanah.
"Ta-tak... Ibu!" Farren jatuh terduduk. Datang beberapa orang mengelilinginya. Ramai juga orang yang datang memadamkan api yang sedang rancak menyerang. Farren menutup kedua telinganya.
Tolong katakan ini mimpi! Ju dan Syalina datang berlari dan memeluk Farren yang sudah terduduk lemah. Kelihatan Farren menggelengkan kepala bagai menafikan apa yang dilihatnya kini.
"Tolong... Ini semua mimpi." Lemah Farren berkata sebelum dunianya gelap.
Semenjak itu, dunianya gelap. Tiada keluarga. Tiada saudara mara. Farren tak sangka bahawa pelukan dan kucupan tadi adalah untuk kali terakhir buat dirinya.
FARREN tersedar dari lenanya. Dadanya turun naik. Nafasnya juga laju seperti baru sahaja berlari. Mata meliar di kawasan biliknya yang hanya dihiasi lampu tidur. Tak lama, Farren menangis. Lututnya dipeluk erat. Bibirnya diketap rapat. Bahunya terhenjut-henjut menahan esakan yang semakin menjadi.
"Ibu... Abah... Kakak rindu," rintih Farren. Tangan mencapai gambar mereka sekeluarga yang telah diletakkan di dalam frame. Gambar itu dipeluk erat ke dada. Kemudian, dia lena. Lena bersama air mata. Lena dalam keadaan memeluk gambar keluarganya.
Farren Melissa. Gadis yang sentiasa terlihat baik, namun ada suatu kenangan yang menghantui setiap detik dalam hidupnya. Memori yang membuatkan dirinya tidak lena dan malamnya dihiasi air mata.
Manakala, Firash pejam mata erat. Masih terngiang-ngiang esakan dari gadis itu. Hatinya bagai diremuk-remuk. Sakit mendengar tangisan gadis itu. Tangisan di mana menunjukkan bahawa gadis itu sangat sakit.
"Dia nampak kuat tapi rapuh di dalam."
To be continued...
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
Romance[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...