Mata dia pejam celik beberapa kali tatkala cahaya pagi itu menghiasi kornea matanya. Bibir terlakar senyuman lemah tatkala melihat wajah tampan Firash yang begitu dekat dengan dirinya.
"Morning, sayang." ucapnya seraya mengucup lembut ubun-ubun Farren. Wanita itu ketawa kecil tatkala suaminya itu mengucup ubun-ubunnya. Tangan Farren naik mengusap lembut rambut Firash yang di sikat rapi sebelum dirinya perlahan bangun dari pembaringan. Firash membantu isterinya perlahan.
"Morning, suami..."
"Maaf. Mel rosakkan bulan madu kita," ucap Farren sedih. Malam semalam, dia mengalami period cramp yang agak teruk. Sebenarnya itu perkara biasa. Setiap bulan dia akan mengalaminya. Tapi malam semalam, sakitnya agak kuat.
Mengada! Mungkin sebab ada suami yang boleh jaga. Biasanya tahan sendiri sahaja.
"Tak perlu risau sayang. Kita ada masa lagi dua hari." Farren ketap bibir menahan senyum. Alahai suami. Firash memandang wajahnya risau. Terkebil-kebil Farren melihat wajah kerisauan itu. Keningnya terjongket.
"Kenapa abang tengok Mel macam tu?"
"Sakit lagi?" Prihatin suara itu bertanya. Farren senyum seraya menggelengkan kepalanya. Wajah risau Firash mengendur sedikit. Gila tidak risau. Semalam dia juga tidak dapat lena kerana melihat Farren yang sedang meringkuk di atas lantai akibat sakit.
Kadang kala, wanita itu menungging. Firash tahu period cramp wanita itu tidak main-main. Dia terus sahaja telefon mommy. Mujur sahaja mommy ingin membantunya. Terus dia mengisi air panas di dalam botol dan dia letak pada bawah abdomen wanita itu.
Minyak panas yang dia sediakan juga turut dia letakkan pada bahagian perut wanita itu. Kadang-kadang, dia mengurut lembut pinggang wanita itu.
"Jangan risau. Dah tak sakit dah," kata Farren. Dia bangun ingin berdiri. Pantas Firash membantunya. Farren senyum manis. Firash mengambil tuala Farren dan dia hulur padanya. Dengan senang hati, Farren mengambil huluran itu.
"Boleh mandi sendiri?" soalnya risau. Farren ketawa dengan wajahnya yang dianggukkan. Risau sangat! Baru period pain!
"Mandi. Abang turun dapur." Farren angguk dan dia melangkah perlahan ke arah bilik mandi. Firash memerhati sehingga pintu bilik mandi ditutup rapat. Dia mengeluh sedikit. Dia tak pernah melihat mommy atau Farah terkena serangan period pain ini.
Ini kali pertama. Lihat wajah pucat Farren semalam sudah cukup membuktikan bahawa period pain itu sangat sakit!
Farren turun tangga dengan langkah berjaga-jaga. Perutnya masih lagi rasa sakit cuma dia mampu tahan kerana sakit ini tidak lah sesakit semalam. Farren genggam pemegang anak tangga sebelum dia mengeluh.
"Dah macam orang berpantang," keluhnya. Dia tunduk melihat baki anak tangga. Dia tak tahu pula betapa seksanya mahu turun naik tangga bila dalam keadaan period ni. Selama ini dia hanya duduk rumah yang tidak mempunyai tangga. Kalau period pain datang menyerang, dia hanya perlu berjalan ke arah bilik. Tak perlu nak panjat anak tangga.
Firash yang melihat Farren menuruni anak tangga dengan perlahan itu terus bangun dan meluru ke arahnya. Tatkala dia mencempung lembut tubuh genit itu, Farren merenungnya. Wajah wanita itu bahagia dan bercahaya walaupun agak pucat.
"Nanti kalau sayang mengandung, kita kena pindah bilik bawah." Tergelak Farren. Firash pula hanya kerutkan kening. Dia serius. Dia tak mahu isterinya terkena musibah akibat memanjat anak tangga.
Minta jauh!
"Risau sangat abang ni," katanya sebaik sahaja dirinya didudukkan di atas kerusi. Matanya bersinar apabila melihat spaghetti carbonara. Dia telan liur. Uh, nampak menggiurkan dan lazat!
Firash membantu Farren. Wanita itu senyum. Dia tak payah buat apa-apa. Hanya duduk diam dan melihat. Dirinya dilayan bagai permaisuri oleh lelaki ini. Sejak hari pertama menjadi isterinya lagi, dia sudah diperlakukan sebegini.
Dia suka.
Dia suka kerana dia mendapat layanan yang dia tidak pernah bayangkan seumur hidupnya!
DIA senyum riang melihat suasana di situ. Dia duduk di atas tikar kecil yang dibentangkan oleh Firash. Makanan yang berada di dalam bakul dia susuk elok. Makanan ini Firash yang buat. Dia hanya membantu. Bukan membantu sangat pun, lebih ke arah mengusik.
Hari ini hari terakhir mereka berada di bumi Itali ini. Balik sahaja ke tanah air, mereka akan kembali menghadapan kehidupan asal mereka. Farren mengeluh. Dia rasa tak mahu lagi kerja. Dia nak duduk rumah dan bersama Firash aje. Tapi itu sangat mustahil.
Penat-penat dia belajar untuk menjadi doktor, tak akan begitu sahaja dia akan melepaskan jawatannya. Jika ibu dan abah tahu, pasti mereka akan rasa kecewa.
Firash mencuit lembut hidung Farren untuk menyentakkan lamunan wanita itu. Dia tahu wanita itu pasti sedih kerana sudah mahu pulang. Dia juga rasa sedih. Dia ingin meluangkan masanya lebih lagi bersama isteri tercintanya.
"Suka?" tanya Firash lembut. Terus wanita itu angguk. Mahu tak suka. Berkelah!
Sudah lama dia tak berkelah. Kali terakhir bersama arwah ibu dan abah. Waktu itu dia kecil lagi dan semestinya dia hanya tahu bermain. Tak tahu pula itu kali terakhir mereka berkelah bersama.
"Terima kasih sebab selalu tunaikan permintaan Mel." Ikhlas dia berkata. Firash hanya senyum lebar dan menyuakan satu buah strawberry ke dalam mulut isterinya. Farren hanya nganga. Dia kunyah buah itu perlahan. Manis dan masam!
"Apa sahaja untuk isteri abang." Firash senyum lagi.
"Lepas kahwin ni, abang makin banyak senyum," ujarnya lembut. Tangannya naik menyentuh lembut garisan yang berada di tepi bibir suaminya itu. Lekuk yang berada di pipi itu dia cucuk lembut. Mata memandang anak mata coklat itu. Penuh perasaan. Jantungnya berdegup laju
"You are the reason I smile when I have nothing to smile about." Dia gigit bibir bawahnya. Menahan senyum. Tetapi dia gagal. Dia... sudah tidak tahu cara untuk berhenti senyum.
Datangnya lelaki ini sebagai suaminya adalah satu nikmat yang besar. Dia bersyukur. Sangat bersyukur. Oleh itu, dia berterima kasih pada Yang Esa. Terima kasih... kerana telah mentakdirkan aku dengan dia. Lelaki yang serba serbi sempurna. Di matanya.
Terima kasih Tuhan...
"I thanked Allah for giving me a beautiful angel as my wife."
"I love you, abang." Firash senyum. Dia suka. Suka apabila mendengar kata cinta dari bibir wanita itu. Dia rasa bahawa dia lah lelaki yang paling bahagia. Bahagia kerana wanita hebat ini mengungkapkan kata cintanya.
Wanita yang ditakdirkan untuknya. Wanita yang akan sentiasa menjadi pendamping hidupnya. Wanita yang bakal mengandung dan melahirkan anak-anaknya. Wanita yang akan bersamanya melangkah ke syurga.
Firash suap buah anggur pula ke dalam mulut Farren. Suka dia lihat badan Farren yang menari kecil sebaik sahaja dia menggigit buah itu. Mungkin teruja kerana kemanisan buah itu.
"Sedap. Manis!" Teruja dia berkata.
"Trust me sayang. You are the sweetest."
Farren ketawa malu. Firash pula senyum puas hati.
Tuhan, tolong kekalkan kebahagian ini.
Dia tak mahu lebih.
Dia mahu bahagia.
Bahagia di samping suaminya.
Tengku Firash Rayyan.
Cahaya yang menerangi hidupnya yang gelap.
To be continued...
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
Romance[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...