𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 19

44.9K 2.7K 373
                                    

Firash membuka pintu bilik menggunakan kad yang disediakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Firash membuka pintu bilik menggunakan kad yang disediakan. Pintu ditolak perlahan dan dia menolak lembut badan isterinya supaya masuk dahulu. Farren tergamam apabila dia melihat kelopak bunga ros di atas katil. Ada juga dua tuala putih yang diubah menjadi bentuk hati. Comel!

Farren duduk di hujung katil. Empuk! Dia tersenyum suka. Agak teruja kerana dia jarang tidur di hotel. Hanya sekali, itu pun akibat reunion sekolahnya suatu tika dulu. Itu pun hanya hotel bajet dan bukan hotel semewah ini.

Firash senyum melihat isterinya. Kaki kemudian melangkah perlahan ke arah si isteri dengan tangan yang membuka tiga butang baju paling atas. Kot juga dibuka dan disangkut pada hanger. Reben hitamnya sudah entah ke mana. Dia sudah buka reben itu dari awal sewaktu ramai tetamu yang sudah pulang.

Farren mendongakkan wajahnya apabila Firash sudah berada di hadapannya. Firash juga tunduk sedikit untuk melihat wajah itu. Perlahan-lahan tangannya naik mengusap pipi itu lembut. Farren diam tidak bergerak. Bingung, nak kena buat apa ni?

Tangan Firash kemudian bergerak ke tudung selendang yang dipakai Farren. Perlahan dia membuang jarum dari tudung itu. Terkejut juga kerana hampir sepuluh jarum yang digunakan. Susah betul jadi perempuan ni.

"Tak panas ke lilit-lilit macam ni?" Muncul satu soalan yang membuatkan gadis itu ketawa kecil. Kepala digelengkan. Mungkin dah biasa oleh itu dia tak rasa panas memakai tudung belit.

Selendang itu diletakkan di atas katil. Tangan Farren naik menarik anak tudungnya. Tangan kemudian pantas melepaskan ikatan rambut lalu rambut hitam pekat itu terjuntai hingga ke pinggangnya. Firash tergamam seketika melihat isterinya. Farren terkedu melihat pandangan itu. Terasa rambutnya dimainkan oleh jari jemari Firash.

"Cantik." Kali ini, sudah berapa kali Firash memuji isterinya. Farren senyum malu. Agak kekok kerana ini kali pertama lelaki melihat rambutnya yang dijaganya selama ini daripada pandangan lelaki yang bukan muhrimnya.

Firash usap kepala Farren kemudian dia mengambil satu tuala di atas katil itu. Diberi kepada Farren dan gadis itu hanya menyambut tanpa kata.

"Pergi mandi. Lepastu kita solat isyak." Farren angguk dan bangun menuju ke bilik air. Ingin membersihkan apa yang patut. Firash lihat pintu bilik air yang sudah tertutup rapat. Tangan naik menggosok lehernya. Bayangan Farren tanpa tudung masih lagi bermain di mindanya. Dia senyum dan menggosok lembut rahangnya.

"Cantik sangat..."

Tiga puluh minit kemudian, Farren keluar dari bilik air dengan bathrobe. Berona merah wajahnya apabila Firash yang tadi asyik bermain telefon tadi kini sedang merenungnya atas bawah. Hujung bathrobe yang labuhnya hanya sampai lutut ditarik-tarik. Apa pasal singkat sangat ni?

Firash telan liur dan mengalihkan pandangannya. Tuala di ambil dan dia melangkah perlahan. Farren pula masih tercegat di depan pintu bilik air. Malu sehingga tak tahu nak buat apa. Firash berdiri tepat di hadapan Farren.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now