Dia melihat tajam gambar Farren dan juga suaminya yang telah diambil secara senyap-senyap beberapa hari yang lalu. Bahagia bukan mereka? Hujung bibirnya naik sedikit. Sinis. Dia menampal gambar tersebut di satu papan damak. Matanya tajam mencerlung ke arah gambar itu. Gambar di mana kedudukan Firash dan Farren tampak mesra.
Dia mengambil satu anak damak yang cukup tajam dan dia putar anak damak itu dengan jarinya. Bucunya yang tajam itu dia lihat sebelum dia lempar kuat.
Pap!
Tepat mengenai wajah Farren. Bibirnya dilorek senyuman sinis. Satu lagi anak damak diambil dan dilempar lagi.
Pap!
Tepat mengenai wajah Firash. Dia ketawa jahat. Dan kedengaran puas. Dia melangkah ke arah gambar itu. Dia senyum lagi. Tangan naik mengusap wajah pasangan itu. Persis orang psiko. Tak apa, bahagia dulu. Tak lama lagi, kau orang tak akan ingat apa itu erti bahagia.
Dia ketawa. Tak lama, ketawanya mati.
"Kau dan suami kau... dua-dua patut mati!"
TERBUNTANG mata gadis itu sebaik sahaja dia memasuki pesawat peribadi ini. Dia senyum pada Mark yang sudah elok duduk di salah satu kerusi. Wajahnya tampak begitu penat dan tidak cukup rehat.
Tangannya ditarik lembut oleh Firash. Farren disuruh duduk di kerusi belakang Mark manakala Firash duduk di kerusi bersebelahannya. Farren menyanyi kecil. Firash kemam bibir, tahan senyum. Dia tahu isterinya itu sedang teruja.
Dia dekatkan kedudukan mereka untuk memakaikan isterinya tali pinggang keselematan. Wanita itu terkejut seketika sebelum dia kembali menyanyi kecil. Kepalanya bergerak ke kiri dah ke kanan. Mengikut tempo nyanyian. Bagai anak kecil!
Farren toleh ke arah Firash yang sedang memejamkan matanya. Dia bergerak sedikit rapat ke arah lelaki itu. Wajah dia dongak supaya dekat dengan telinga suaminya.
"Kenapa kita naik pesawat ni? Kenapa bukan pesawat yang ramai-ramai orang tu?" soalnya polos. Ini kali pertama Farren naik pesawat. Jadi dia curious. Dan dia mahu tahu! Firash membuka matanya perlahan dan dia toleh ke arah wajah bingung Farren.
"Kalau abang ke luar negara sebab kerja. Biasanya naik pesawat macam ni. Senang nak bawa balik senjata yang bahaya," jawabnya lembut. Terangguk-angguk Farren. Faham!
"Nanti kita balik naik pesawat ni lagi?" Firash geleng kepala. Farren angguk lagi. Balik ke Malaysia nanti, mereka akan menaiki pesawat yang ada ramai orang. Farren senyum. Dia tahu kenapa mereka akan pulang menggunakan pesawat biasa. Kerana pesawat ini akan pulang terlebih dahulu setelah suaminya dan Mark selesai kerja!
Kemudian, Farren diam. Dia lihat Firash yang kembali memejamkan mata. Tak lama, bunyi pengumuman dari pilot bahawa kapal terbang akan berlepas tak lama lagi. Firash mengambil headphone dan menyuruh Farren memakainya.
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
Romance[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...