Matanya terbuka perlahan apabila rasa satu cahaya menganggu lenanya. Tangannya naik menutup matanya, menghalang cahaya itu dari terus menembusi kornea matanya. Dia bangun perlahan dan duduk. Tangan memegang perut yang terasa agak sakit.
Jam di dinding dikerling. Sudah jam tujuh pagi. Sewaktu mengemas malam tadi, dia sudah berasa tidak selesa. Pinggangnya juga berasa agak sakit. Mungkin sudah tiba masanya. Masa datang periodnya. Farren mengeluh dan mengabaikan rasa sakit itu.
Sebaik sahaja selesai, Farren terus menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Firasatnya tepat! Dia period. Farren mengeluh lagi sebelum dia mula membersihkan diri dan bersiap untuk tidur.
Gadis itu membetulkan rambut panjang paras pinggangnya yang agak berserabut menggunakan tangan. Dengan malas, Farren bangun ingin membersihkan diri. Dia perlu bersiap untuk bekerja. Jam sembilan waktu kerjanya bermula. Kerja sementara sebelum shiftnya bermula. Hari ini dia shift malam.
Farren keluar dari rumah dengan senyuman di bibir. Dia menghirup oksigen segar dengan mata yang terpejam. Tak lama dia membuka matanya. Farren terkejut dan hampir menjerit. Mujur sahaja tangannya naik menekup mulutnya daripada menjerit.
Mata Farren membulat melihat lelaki itu yang sedang bersandar pada pagar rumahnya dengan tangan yang memeluk tubuh. Mata Farren kemudian meneliti lelaki itu dari bawah hingga ke atas. Pakaian lelaki itu...
Farren kecilkan matanya. Bukan ke pakaian semalam?
"What are you doing here?" soal Farren tidak percaya.
"Where are you going?" Soalan dibalas soalan. Firash juga turut memandang Farren yang sudah bersiap cantik. Wajahnya juga cantik disolek. Farren hanya diam. Masih memikirkan kenapa lelaki itu boleh berada di rumahnya seawal pagi ini.
"Aku tak balik dari semalam." Rahang Farren jatuh. Terkejut. Serius?
"Aku duduk dalam kereta depan rumah kau dari semalam." Farren kerutkan kening. Mata melihat kereta mahal itu. Ferrari 296 GTB bewarna hitam itu tampak berkilat di hadapan rumahnya. Lelaki ini kaya.
"Kau ingat aku boleh balik dalam keadaan tenang selagi lelaki yang ganggu kau tu masih lagi bebas?" Farren semakin pelik. Okay, kalau lelaki itu masih bebas sekalipun, ada kaitan dengan lelaki kacak di hadapannya ini ke? Tidak kan...
Malah, dia juga tidak mengenali lelaki ini. Jadi, rasanya lelaki ini tidak perlu mengambil tahu atau berasa risau.
"Awak tak solat subuh ke?" soalnya curiga. Matanya dikecilkan. Lelaki ini kata dari semalam dia berada di hadapan rumahnya. Jadi, dia solat di mana?
Lelaki itu menjelingnya tajam sebelum tangannya naik menunjukkan sebuah surau kecil yang berada tidak jauh dari rumah Farren. Gadis itu sengih. Lupa pula ada surau dekat sini.
"Where are you going?" ulangnya.
"Kerja." Lelaki itu angguk kemudian dia melangkah ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka dan mata Firash bagaikan menyuruh Farren untuk masuk ke dalam. Gadis itu masih berdiri statik. Keningnya berkerut lagi. Dah kenapa pula tiba-tiba ni?
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
Storie d'amore[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...