"Aku tahu kau terkejut dengan apa yang aku cakap sekarang ni. Tapi aku serius dan tak main-main." Farren melihat wajah serius itu. Ya, lelaki itu tak main-main. Jelas dilihat pada raup wajahnya.
"Kau satu-satunya perempuan yang mampu buat aku hilang arah. Kau boleh buatkan aku resah gelisah dan dalam masa yang sama kau buatkan aku tenang." Firash berkata lagi.
"Aku tahu ini terlalu awal untuk kau. Kau baru sahaja kenal aku walaupun aku dah kenal kau lima tahun yang lepas. Aku bukan lah lelaki yang baik mahu pun sempurna. But for you, I would give a try." Farren diam lagi. Mendengar. Jantungnya juga turut bekerja keras.
"Saya tak reti sebab ini kali pertama saya." Gugup Farren berkata. Firash angguk kerana dia tahu. Gadis itu tak berseorangan. Dia juga begitu.
"Ini juga kali pertama aku. Kita boleh mulakan semuanya dari awal bila kita dah kahwin nanti. Lagi mudah sebab kita dah halal. Aku tak mahu ajak kau terjerumus dengan dosa. Aku tak mahu ajak kau bercinta sebelum kita nikah." Lelaki ini...
Farren kagum. Pernah dia baca satu quotes yang mengatakan bahawa a real man will offer you a marriage while a worst one will offer you a zina.
"I want to keep my eyes on you, amore. So, be my wife?"
"Farren Melissa. Sudikah kau terima aku untuk menjadi sebahagian daripada hidup kau? Sebagai suami, imam, pelindung dan ayah kepada anak-anak kau? Sudikah kau terima aku yang mempunyai banyak kekurangan ini?" Air mata kembali mengalir. Farren senyum. Dia bahagia walaupun dia berasa agak takut.
Firash hanya senyum kelat. Dia tahu kelemahannya sebagai lelaki dan dia mahu gadis ini menerima segala kekurangannya. Dengan izin-Nya, dia mahu menjadi seseorang yang mampu memimpin gadis ini ke syurga-Nya.
"Saya sudi. Awak pula? Sudi terima saya yang penuh kekurangan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak awak?" Firash senyum. Begitu juga Farren.
Malam itu, mereka berdua menjadi manusia yang paling gembira.
FIRASH merenung tajam wajah lelaki itu. Alat yang dipasang pada tangan dan juga badan itu dipandang. Wajah masing-masing sangat serius. Merenung satu sama lain bagai ingin membunuh. Tak lama, Firash menyeringai. Dia mengukir senyuman senget. Satu alat seperti remote yang bersaiz kecil dimain-mainkan oleh tangannya.
Tak lama, butang bewarna merah yang berada di tengah-tengah remote itu ditekan. Lelaki itu menjerit kesakitan tatkala badannya terasa renjatan elektrik. Menggelupur badannya ingin melepaskan diri namun badannya diikat kemas pada kerusi.
"Stop. It hurts..." rayunya lemah. Firash menjongketkan kening. Wah, ada suara. Ingatkan sudah bisu. Selama dua hari, Edward menyoal selidik, lelaki ini hanya diam dan hanya memberi tatapan sinis. Berat mulut untuk berkata. Ada emas barangkali dalam mulut tu.
"Tell me. Kau orangnya?" Senyap. Hampir Firash ingin menekan butang itu, dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Firash sandarkan badannya pada kerusi. Memerhati tajam wajah yang sudah merah itu.
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
عاطفية[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...