𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 26

31.4K 2.1K 229
                                    

Pelukan pada lengan Firash semakin erat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pelukan pada lengan Firash semakin erat. Matanya terkelip-kelip melihat pemandangan yang begitu indah itu. Dia juga melompat kecil. Firash tersenyum kecil melihat tingkah itu. Hampir tiga minggu kahwin ni, hanya reaksi teruja Farren sahaja yang dia lihat. Dan dia sukakan reaksi wanita itu.

Mereka kini berada di Verona. Salah satu bandar romantis di Itali. Mereka sedang berdiri di tepi tasik. Terdapat banyak juga bangunan-bangunan yang unik dan menarik perhatian. Pantas sahaja, ramai pelancong luar datang ke sini. Lihat sahajalah...

Bangunan-bangunan ini sangat berseni!

Paling menarik, Verona ialah tempat di mana satu filem romantik dijalankan. Romeo and Juliet!

"Mel ingat kita bulan madu dekat Rusia." Firash hanya senyum dan memandang redup mata isterinya. Kepala dia geleng perlahan. Farren menghirup udara segar. Nafas dihela perlahan dengan mata yang tertutup. Rindu akan negara ini semakin menggebu-gebu. Negara ini... kampung halamannya.

"Teringat atuk?" Farren dongak. Macam mana suaminya tahu? Firash senyum senget.

"I know everything about you," ujarnya lembut. Farren senyum dan angguk. Dia rindukan datuknya. Tetapi dia tidak tahu jika datuknya masih hidup atau tidak. Dia tidak tahu jika datuknya sihat ataupun sedang sakit. Rasa seperti cucu tidak berguna pula.

"I also miss nanno." Farren kerut kening. Firash hanya membuang pandang ke arah tasik. Dia tahu Farren pelik. Tetapi tidak pula wanita itu bertanya. Firash senyum nipis sebelum wajahnya kembali mendatar. Malam ini, dia akan bagitahu semuanya. Dan dia harap bahawa isterinya tidak marah atau kecewa dengannya.

"Kita nak pergi mana lepas ni?" soalnya lembut. Rasa curiga tadi hilang apabila rasa terujanya kembali bertandang. Firash pandang wajah cantik itu lagi.

"Nak pergi Juliet's House?" Anak mata Farren mula bercahaya. Dia lantas jatuhkan wajahnya berkali-kali. Kemudian senyumannya hilang. Wajahnya berkerut.

"Boleh masuk?" Polos sahaja wanita itu bertanya menyebabkan Firash ketawa seraya menarik pinggang ramping itu. Kedudukan mereka semakin rapat.

"Itu muzium sayang. Mesti lah boleh." Wajah itu kembali bercahaya. Dia menjatuhkan kepalanya pada lengan sasa itu. Nak jatuhkan di bahu tak sampai. Lelaki itu terlalu tinggi untuknya yang hanya 155 cm ini.

"Berapa ea tinggi abang?" Firash kerut kening. Soalan itu terlalu random dan terlalu tiba-tiba.

"179 cm." Farren angguk. Ya, galah! Dia dongak dan senyum.

"Bila kita nak pergi sana?" soal Farren.

"Sayang nak pergi bila?" Tipikal Firash. Soalan dibalas dengan soalan. Bukannya mahu menjawab.

"Sekarang?" Firash senyum dan angguk membuatkan wanita itu melompat lagi. Suka betul lompat-lompat!

"Let's go, sayang. Let's creat some romantic scene of Romeo and Juliet," ujar Firash lembut sambil tangannya menarik lembut tangan halus Farren. Wanita itu angguk dan senyum.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now