𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 21

38.4K 2.4K 507
                                    

"Kakak sampai bila cuti?" soal tanya Farhan, adik lelaki Firash yang sedang duduk santai di pondok kecil yang disediakan di hadapan rumah banglo mommy dengan tangan yang memegang gitar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kakak sampai bila cuti?" soal tanya Farhan, adik lelaki Firash yang sedang duduk santai di pondok kecil yang disediakan di hadapan rumah banglo mommy dengan tangan yang memegang gitar. Farren senyum dan menoleh ke arah Farhan. Kali pertama melihat lelaki muda ini sewaktu hari pernikahannya, Farren agak terkejut. Lelaki ini tampan persis abangnya. Namun, sudah pasti Firash lebih lagi.

"Tiga minggu aje." Farhan melihat kakak iparnya dengan satu kerutan di dahi. Farren angkat kening. Pelik ke cuti tiga minggu?

"Alang-alang tu kenapa tak ambil cuti sebulan?" Farren senyum kecil. Bagi Farhan, baik tambah lagi seminggu biar cukup sebulan.

"Kakak kan doktor praktikal aje sebelum ni. Dapat cuti tiga minggu sebelum kakak masuk hospital dan jadi doktor tetap dekat sana." Farhan angguk mengerti tetapi keningnay tetap berkerut. Gitar di tangan sudah diletakkan di sebelahnya. Dia kini seratus peratus menumpukan perhatian ke arah Farren. Mata kemudian mengerling Firash yang berada tidak jauh. Fokus dengan laptopnya.

"Aik? Tapi abang kata..." Belum sempat habiskan kata-kata satu suara yang agak menjengkelkan kedengaran menyebabkan Farren dan Farhan serentak berpaling. Kelihatan gadis itu sedang memintal hujung rambutnya dan kaki tergedik-gedik di hadapan Firash.

Namun, seperti biasa lelaki itu tidak akan melayan. Farhan ketawa kecil sembari menggelengkan kepalanya. Kadang, dia yang rasa malu dengan tingkah sepupunya itu.

"Dia tu dari dulu lagi nak dekat-dekat dengan abang. Tapi abang tu tak pernah layan. Dulu kan pernah terfikir, abang tu gay ke sebabnya dia tak pernah dekat dengan mana-mana perempuan," kata Farhan tiba-tiba. Farren menoleh melihat Farhan. Rasa tertarik pula akan cerita Farhan ini.

"Sampai lah satu hari, dia agak lain selepas balik daripada Itali. Rupanya atok angkatnya meninggal." Farren bersimpati. Oh, lelaki itu tahu sedih juga rupanya.

"Lepas beberapa hari, abang mula buka cerita tentang arwah atok angkatnya. Abang kata, arwah ada berikan amanah padanya."

"Dah kakak ialah amanah arwah," kata-kata Farhan membuatkan Farren mengerutkan keningnya. Dia sampai sekarang tak faham. Firash pernah memberitahu dia adalah misinya. Misi dimana dia harus dilindungi. Bila ditanya misi itu diarahkan oleh siapa, Firash hanya diam tidak menjawab.

Kemudian, badan Farren mengeras. Siapa atuk angkat Firash?

"Sejak dari itu, abang selalu jaga kakak dari jauh. Tanya aje semua tentang kakak, dia tahu. Sampailah kami sekeluarga sedar. Sedar yang kakak lah orangnya," ujar Farhan dengan senyuman di bibir.

"Mana tahu kakak orangnya?" soal Farren ingin tahu. Lupa sebentar tentang atuk angkat suaminya. Di fikirannya kini ialah keluarga Firash ni ahli nujum ke? Boleh baca fikiran orang? Farhan ketawa. Rasa agak lucu dengan soalan itu.

"Sebab dia mula bertingkah pelik. Kalau dulu dia tengok kakak dari jauh, muka dia hanya biasa. Macam tak ada perasaan. Lama-lama, bercahaya pula muka dia. Dan waktu kakak kena serang di lorong tu, abang lah yang paling kalut." Farren terperanjat. Farhan tahu? Nampak riak terkejut itu membuatkan Farhan ketawa lagi.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now