Perlahan langkah kakinya bergerak. Sebenarnya dia malas mahu keluar hari ini. Namun ada sebuah buku yang harus dikembalikan di pustaka. Hari terakhirnya adalah hari ini! Dia sudah lama menghabiskan bacaan cuma tidak sempat untuk menghantarnya semula. Dan bila masanya lapang, dia akan berehat sampai lupa!
Mujur sahaja hari ini dia mengemas meja belajarnya. Kalau tidak? Oh, kena denda!
"Farren Melissa!"
Tak sempat berpaling, lengannya dipegang erat. Farren agak terperanjat, namun dia sempat mengawalnya. Wajah sahabatnya dipandang tajam. Memang suka ye buat aku terkejut macam ni?
"Ju! Terkejut aku," marah Farren. Wajah cantik gadis yang dipanggil Ju itu dia pandang sebelum keluhan dilepaskan. Tak boleh nak marah lama-lama sebab dia pasang muka lima sen!
"Sorry, cantik. Tapi, bukan salah aku. Salah kau! Aku panggil dari jauh kau tak dengar pun," katanya membela diri. Haih, alasan! Nasib sayang.
Ju atau nama panjangnya Hawa Zulaikha ketawa kecil lantas memeluk lengan Farren. Kaki melangkah mengekori Farren
"Ni nak pergi mana?" soal Ju. Sisi wajah Farren dipandang. Kaki pula laju melangkah mengejar langkah Farren. Laju-laju nak ke mana?
"Pustaka. Nak hantar buku. Lina mana?" soal Farren kembali.
"Syalina ada hal. Jadi, aku cari kau sebab aku bosan hm..." Suara dibuat-buat sedih. Farren memutarkan anak matanya ke atas. Ha, nak mula la tu dramanya.
"Jangan lenggang sangat, Ju. Aku dah lewat ni," kata Farren lantas menarik tangan Ju supaya langkah kakinya melangkah dengan lebih cepat. Tanpa mereka sedar, ada yang memerhati dari jauh. Pandangannya tajam dan sinis. Dia memerhati Farren dan juga seorang lelaki yang dari tadi memandang gadis itu. Dia menggenggam buku limanya erat.
Adakah lelaki itu yang akan mendatangkan bahaya?
Atau lelaki itu meminati Farren?Tiba-tiba hatinya terasa panas. Rahangnya diketap.
"Rash, did you feel something? Macam jeles?" tanya seorang lelaki yang menemaninya. Badan Firash mengeras. Dia melihat dua gadis itu yang melangkah semakin jauh.
"Hell no."
"She's my mission." nafi Firash.
Lelaki yang bersama Firash senyum senget. Misi? Sampai bila? Gadis itu sudah cukup besar untuk melindungi diri sendiri.
"Well, Tengku Firash. Your body language said the opposite."
Farren senyum lega apabila buku yang dipinjamnya sudah selamat dipulangkan semula. Dia kemudian mengajak Ju untuk menemaninya makan. Ju pula hanya ketawa apabila bunyi perut Farren jelas berbunyi.
"Kau tak breakfast ke?" soal Ju sambil mereka melangkah menuju ke kedai makan. Farren hanya senyum tidak bersalah. Ju mengeluh geram. Kemudian, tangannya naik mencubit pipi tembam Farren. Mengaduh sakit gadis itu.
"Siapa suruh kau tak makan?" Geram dia menyoal. Farren menarik tangan Ju supaya duduk di salah satu meja yang kosong. Terus dia memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Farren hanya memesan nasi goreng seafood dan air teh o ais sahaja. Ju pula memesan nasi goreng pataya dan air yang sama seperti Farren.
"Malas lah nak breakfast," kata Farren perlahan. Dia senyum comel ke arah Ju apabila melihat wajah bengis gadis itu. Melihat sahaja mulut yang terbuka ingin membebel, terus Farren menutup mulut itu menggunakan jari telunjuknya. Wajahnya dia gelengkan beberapa kali.
"Shuhh... jangan marah-marah. Ni aku nak makan la ni." Ju mengeluh lagi. Tak faham dengan perangai Farren yang satu ini. Makan pun malas. Apa masalah dia sebenarnya?
"Lagi satu sebab aku tak makan, Syalina sibuk sekarang. Dah tak ada siapa nak suap aku makan." Sendu suara itu berkata. Ju memutarkan bola matanya ke atas sebelum dia ketawa kecil. Tangannya naik mencuit hidung mancung Farren.
"Manja! Macam mana lah laki kau nak layan manja kau nanti."
Farren senyum dan angkat bahu. Tak tahu dan tak nak fikir. Belum masanya lagi!
SEDANG ralit termenung, Farren disergah buat kali kedua. Tangan naik mengurut dadanya dan melihat Syalina yang sedang ketawa kecil melihat reaksi terkejut Farren tadi. Begitu juga Ju. Jelingan maut diberikan terhadap kedua sahabatnya. Ini tak paayh tunggu penyakit datang. Datang dua ekor ni pun dah boleh buat maut!
"Jauh betul Cik Farren kita termenung. Fikir apa?" tanya Ju. Lama mereka memerhati Farren yang asyik termenung. Skrin television yang terpasang dibiarkan. Fokus mereka beralih kepada Farren.
"Nothing. I just missing my family." Jujur Farren menjawab. Ya, dia sangat rindukan keluarganya. Tidak pernah sekalipun, dia tidak merindui. Namun, hanya kenangan dan gambar yang boleh menjadi pengubat rindu.
"Jangan sedih, cantik. Nanti kita lawat kubur mereka sama-sama, ya?" Lembut Syalina memujuk. Farren hanya senyum dan menjatuhkan wajah. Wajah ceria ditayangkan. Dia tak suka bersedih kerana dia tahu Syalina dan Ju akan turut bersedih. Kadang, dua orang tu yang sedih beria macam family dia yang dah tiada.
"Farren, kau mimpi lagi eh tentang..." Ju tak mampu bertanya dengan lebih lanjut apabila melihat wajah Farren yang sudah berubah mendung. Tapi dia harus bertanya kerana semalam dia terjaga dek kerana Farren meracau dan menangis di dalam tidurnya. Dan itu membuatkan Ju sangat risau.
"Aku tersedar sebab aku terdengar kau meracau." jelas Ju tanpa dipinta. Farren hanya angguk mengiyakan. Buat apa menipu? Ju dengar. Dan itu membuatkan dirinya tertanya, bila mimpi itu mahu berhenti dari menghantui dirinya tiap kali mahu tidur.
Farren menghela nafas berat. Malamnya kini ditemani oleh mimpi yang mengerikan itu. Mimpi di mana ahli keluarganya meninggalkan dirinya seorang diri. Mimpi tentang peristiwa di mana menjadikannya seorang gadis sebatang kara di bumi ini.
"It's okay. Insya-Allah, suatu hari nanti mimpi tu tak akan ganggu kau lagi," pujuk Ju lagi Sememangnya kata-kata Ju itu hampir didengarinya hampir tujuh tahun. Tapi, dia percaya. Mungkin suatu hari nanti, mimpi tu hilang dan digantikan dengan mimpi yang indah.
Sementara itu, ada yang mendengar perbualan ketiga-tiga sahabat itu. Firash mengetap bibirnya. Rasa kasihan terbit di hatinya. Sepanjang dia menjaga gadis itu dari jauh, hampir keseluruhan perihal gadis itu dia tahu.
"It's okay, Melissa. I bet Allah wants to give you the best thing that you have ever planned in your life."
Firash membaringkan badannya di atas katil dengan telinga yang masih disumbat earphone. Mendengar perbualan gadis-gadis itu. Tanpa sedar dia terlelap. Suara gadis itu bagai mendodoinya untuk lena.
To be continued...
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
Roman d'amour[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...