"Dia nak kahwin?" Lelaki itu menyilangkan kakinya. Mata membuang pandang ke luar dari balkoni biliknya. Pokok besar itu menjadi pemandangannya. Fokus dia mendengar apa yang dikatakan seseorang dari telefon.
"Help me, baby." Dia meminta tolong. Tolongnya untuk menghapuskan seorang gadis dari terus hidup di bumi ini. Bibirnya mengukir senyuman senget apabila dia mendengar jawapan yang memuaskan hati. Mata bewarna hijau kekuningannya memandang cermin yang berada di sudut bilik itu.
Dapat dia lihat kesan parut yang membelah keningnya. Bibirnya mengukir senyuman senget sebelum wajahnya bertukar bengis. Buku lima digenggam erat. Dia marah! Sangat marah sehingga dia bangun dan menumbuk cermin itu. Berderai cermin itu pecah.
"No matter what, she needs to die. Dia patut ikut mak bapak dia ke neraka!" Tegas suara itu berkata lagi. Dia kembali duduk apabila suara di telefon menenangkannya. Air matanya kemudian mengalir perlahan.
"Come here baby. Please make me forget everything," rayunya. Tak lama, panggilan dimatikan. Dia bangun lagi dan menapak keluar dari biliknya dan menuju ke bilik yang ditutup rapat dengan pintu yang bewarna hitam. Pintu itu dibuka dan wajah Farren berada di merata-rata tempat.
Bukan sahaja gambar gadis itu, gambar kenalannya, gambar keluarganya, dan gambar lelaki yang bakal menjadi suaminya juga turut ada. Dia ingin mencari tahu tentang keluarga lelaki itu, namun dia tidak jumpa. Semuanya bagai disorok. Dia tahu lelaki itu agak berkuasa. Tapi, itu tidak membuatkannya berasa gentar atau takut. Malah, ini sangat menyeronokkan.
Lelaki itu patut mati sekali. Setelah itu, hatinya akan berasa puas. Dendamnya akan terbalas. Dia tidak kisah! Asalkan semuanya terbayar. Pisau kecil di ambil dan dilempar pada satu sudut.
TAP!
Tepat pada dahi gadis itu. Dia ketawa jahat.
"Kau kena mati!"
GADIS itu mengenggam erat bahagian hujung bajunya. Agak gugup. Dia sekarang berada di butik pengantin. Mommy yang beria mengajaknya ke sini. Mujur sahaja hari ini, dia bekerja shift malam. Ada waktu lapang!
"Mana bakal pengantinnya? Mari ikut saya, kita pergi cuba baju." Lembut pekerja perempuan itu bertanya. Mommy menepuk lembut peha Farren menyuruhnya bangun. Farren bangun dan mengikuti langkah pekerja itu.
Farren hanya diam tidak bergerak membiarkan pekerja itu memakai dress itu untuknya. Cantik. Bawahnya kembang tetapi coraknya hanya biasa. Simple yet elegant! Pekerja itu senyum dengan mata yang agak bersinar. Dia menarik kain langsir kelabu dan Farren lihat dirinya dibalik pantulan cermin. Matanya membulat. Tidak percaya.
Cantik... Dia senyum nipis. Seumur hidupnya, ini kali pertama dia berpakaian sebegini. Hasilnya sangat cantik. Ukurannya baju ini juga tepat-tepat di tubuhnya. Tidak ketat dan tidak longgar. Just nice!
"Cantiknya anak mommy!" Suara mommy menyentakkan Farren. Dia menoleh dan menunduk dengan gaya princess membuatkan mommy dan pekerja itu ketawa kecil. Mommy melihat Farren dari atas ke bawah. Gadis ini terlalu sempurna.
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
Roman d'amour[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...