[NEW VERSION | EDITING]
"She's gonna be mine. Only mine. And forever mine."
Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Aku terima nikahnya, Farren Melissa binti Mohd Faris dengan mas kahwinnya 150 Ringgit Tunai."
"Sah."
"Sah."
"Sah."
Farren tersentak dari lenanya. Terkebil-kebil dia memandang sekeliling. Masih berada di dalam bilik tidurnya. Kain batik yang terselak hingga menampakkan betis ditarik supaya menutupi kakinya yang terdedah.
Farren mengucap perlahan. Malam ni. Mimpinya lain dari yang sebelum ini. Sebelum ini, mimpinya adalah satu tayangan dimana peristiwa mengerikan itu berlaku.
Tapi malam ini, mimpinya lain. Di dalam mimpi itu, dia berasa bahagia. Sangat bahagia. Farren geleng kepala. Lelaki itu. Dia tak nampak. Agaknya siapa gerangan yang menyebut nama penuhnya di hadapan tok kadi. Farren senyum nipis. Agak lucu.
Jam di dinding menunjukkan empat pagi. Farren bangkit dan mula melangkah ke bilik air. Ingin menunaikan solat malam alang-alang dah tersedar.
Dia menutup Al-Quran dengan lembut. Setelah itu dia mencium lama kulit AL-Quran itu. Jam yang berada elok di dinding dia kerling kejap. Sudah menunjukkan jam 6.30 pagi. Dia bangun dan melipat kain sembahyangnya dan meletakkannya di atas katil.
Dia melangkah menuju ke arah almari dan satu baju kurung dia ambil. Kaki melangkah pula ke arah bilik air. Ingin menyalin pakaian. Dia tersenyum manis apabila puas melihat penampilan dirinya.
"Moga hari ini, hari yang lebih baik dari semalam."
FARREN senyum manis apabila melihat seorang remaja lelaki yang duduk bersandar di atas katil. Wajah lelaki itu sudah tampak sihat. Farren mula membelek fail yang berada di atas meja katil hospital itu.
"Syaril ada muntah-muntah lagi tak?" soal Farren lembut. Remaja lelaki yang bernama Syaril itu menggeleng. Bibirnya mengukir senyuman. Farren juga turut tersenyum.
"Rasanya hari ni dah boleh cabut wayar dekat hidung tu." Makin lebar senyuman Syaril. Farren melihat pula ke arah seorang wanita yang agak berumur. Ibunya.
"Ada sakit dekat bahagian dada tak?" soal Farren kembali.
"Tak ada." Farren angguk dan tangannya lincah bergerak menulis sesuatu.
"Alhamdulillah. Rasanya kalau semua okay, Syaril boleh balik esok." Syaril senyum lagi dan melihat ke arah ibunya kejap. Wajahnya menunjukkan bahawa dia sangat suka. Suka bila doktor mengatakan bahawa dia boleh keluar wad besok.
"Nanti saya suruh nurse cabutkan wayar dekat hidung."
"Lepas cabut wayar dekat hidung, Syaril dah boleh makan," jelas Farren lembut.
"Terima kasih doktor cantik." Farren senyum manis dan angguk. Suara Syaril kedengaran agak sengau. Mungkin disebabkan wayar yang berada di hidungnya. Tidak selesa! Farren angguk dan mula melangkah ke arah katil di sebelah Syaril.