𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 17

42.3K 3.4K 316
                                    

Senyum lebar gadis itu apabila melihat wajah bahagia sahabatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyum lebar gadis itu apabila melihat wajah bahagia sahabatnya. Dia kini sudah berada di Kelantan. Membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama sahabat-sahabatnya. Farren rasa agak sebak kerana selepas kahwin, dia mungkin akan jarang meluangkan masa bersama dua kawannya ini.

"Nanti dua hari sebelum kau kahwin aku datang," kata Ju dengan suara yang teruja. Tidak percaya gadis ini yang akan berkahwin dahulu. Betul orang kata, orang yang jarang bercakap tentang kahwin ni yang akan kahwin dulu. Farren dulu, kawan lelaki pun tak ada apatah lagi teman lelaki.

Tengok sekarang? Tahu-tahu dah nak jadi bini orang. Ju bahagia untuk Farren. Semoga lelaki itu mampu membahagiakan Farren kerana gadis ini sudah lama tidak rasa kebahagiaan. Semoga lelaki itu mampu membuatkan Farren terima dengan tenang kepergian keluarganya.

"Senyap-senyap betul kau ni, Farren. Tahu-tahu kahwin. Dulu cakap apa? Aku suka berkawan saja dengan dia tak lebih. Ini apa ni?" Farren gelak seraya tangannya naik menepuk lengan Syalina. Bahu dijongket dan kening berkerut seakan berfikir.

"Souls meet not by accident, Ju. It's all written." Farren mula bermadah. Ju juling mata ke atas. Menyampah! Sembang Farren ni, walaupun kata-kata itu benar.

"Jadi isteri yang solehah tau, Farren. Semoga kau dapat kenal erti bahagia lepas kahwin nanti." Farren mencebik. Ha, dah mula dramanya!

"Dengan kau orang pun aku dah bahagia lah." Syalina jeling. Heleh, sembang lagi! Yang ini betul-betul sembang. Memang Farren bahagia, tapi bahagia yang lain. Kita maksudkan bahagia yang dapat membuatkan dia berasa tenang. Farren ketawa lagi. Suka dia lihat wajah menyampah Syalina dan Ju.

"Tak sabarnya nak tengok kau kahwin!" Teruja Ju berkata. Farren ketawa lucu. Hai, orang lain yang nak kahwin, orang lain yang teruja. Sebenarnya, Farren juga turut rasa teruja tapi dia juga rasa agak takut. Takut jika gagal menjadi isteri yang baik. Takut jika gagal dalam perkahwinannya. Dia cepat-cepat beristighfar.

Nampaknya, setan sudah mulakan kerjanya. Membisik kata-kata yang mampu membuatkan Farren rasa ingin membatalkan semuanya.

"Ini kau stay dekat mana?" soal Syalina. Farren diam dan jongket bahu. Sebaik sahaja sampai di negeri timur ini, dia terus menghubungi Ju dan Syalina. Mengajaknya ke cafe. Kemudian, matanya melihat seorang sosok lelaki yang sedang melangkah ke arah mereka. Farren senyum kecil.

"Ini siapa?" soal Syalina. Firash hanya senyum dan meminta izin untuk duduk. Terus Syalina dan Ju jatuhkan wajah mereka. Membenarkan lelaki kacak ini duduk.

"Firash. Bakal suami Melissa," sapanya ramah. Syalina dan Ju serentak membulatkan matanya. Bagai tidak percaya. Syalina mengerling ke arah Farren dan matanya dikecilkan. Bukan main. Tak sangka Firash sekacak ini. Selama Farren bercerita tentang lelaki ini, dia hanya membayangkan lelaki ini hanya biasa-biasa.

Tapi tidak. Ini kacak maut!

"Aku Hawa Zulaikha. Boleh panggil Hawa. Yang ni, Syalina." Ju memperkenalkan diri. Kenapa Hawa? Kerana Ju panggilan untuk yang rapat sahaja.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now