𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 34

24.3K 1.7K 65
                                    

Wanita itu menghembuskan nafasnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wanita itu menghembuskan nafasnya. Penat. Dia baru sahaja selesai membuat house tour! Itu pun belum sepenuhnya. Tak sangka rumah banglo ini mempunyai banyak bilik. Agak terkejut dia melihat mini gym yang berada tak jauh dari master bedroom. Kata suaminya, jika dia malas ke gim, dia akan workout di rumah sahaja.

Mengeluh Farren mendengarnya. Memang tak payah ke gym! Bilik itu sudah mencukup alat-alat yang berada di gym. Jadi, tak perlu susah pergi ke gym. Farren berjalan pula ke arah pintu yang berada di hujung sekali.

Dengan perlahan dia membuka pintu itu. Ternganga mulutnya. Dia berjalan dengan penuh teruja. Tangannya naik menyentuh piano yang bewarna hitam itu. Berkilat dan tak ada habuk! Suaminya kemas sendiri ke upah orang?

Tapi lihat pada gaya macam kemas sendiri. Selama hampir sebulan kahwin, suaminya memang seorang yang pembersih. Tak dinafikan!

Dia melompat kecil apabila melihat sebuah gitar elektrik yang terletak elok di sudut hujung bilik itu. Dia duduk untuk melihat gitar itu dari dekat. Tali gitar itu dia sentuh perlahan. Teruja dia apabila menyentuh tali besi itu.

"Kalau nak best, kena cucuk kabel gitar tu pada amplifier." Terangkat sedikit bahu Farren apabila disergah sebegitu. Tangannya naik mengurut dadanya sendiri dengan bibirnya yang dimuncungkan. Terkejut!

Firash pula hanya geleng kepala dengan senyuman nipis di bibir. Dia melangkah ke arah Farren dan dia tunjuk pada amplifier yang berada di sebelah gitar elektrik itu.

"Apa fier?" soal Farren kembali.

"Am... pli... fier..." Farren menyebutnya lagi. Tersenyum puas dia sebelum dahinya berkerut.

"Apa benda tu?"

"Speaker, sayang." Farren terangguk-angguk. Dia bangun dan menapak ke arah drum pula. Dia sentuh perlahan.

"Abang reti main semua ni?" Firash hanya jatuhkan wajahnya sekali. Makin teruja Farren dibuatnya.

"Tapi drum tu, tak berapa sangat. Kalau Mark, pro!" Wah, ini kalau drum dan gitar elektrik bergabung. Memang meletop kebaboom!

"Alat muzik apa je yang abang pro?" soal Farren ingin tahu.

"Tu!" Firash juih bibir ke arah gitar elektrik. Terlompat kecil Farren. Terus Farren menyuruh suaminya bermain alat muzik itu untuknya. Tapi Firash menolak. Terus hilang senyuman Farren.

"Malam nanti pun boleh. Sekarang kita kena kemas-kemas. Lepastu, kita boleh rehat." Farren mengalah. Dia memeluk lengan sasa Firash dan melangkah bersama menuju ke bilik tidur mereka. Dia melepaskan lengan Firash dan menuju ke bagasinya.

Belum sempat dia tolak bagasi itu, tangan Firash laju mencapainya dan menjatuhkannya lembut. Tersengih Farren dibuatnya. Dia duduk bersila dan membuka zip bagasi. Dia mula mengemas pakaiannya. Begitu juga si suami.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now