Badan Farren serta merta kaku. Matanya bulat memandang Firash yang sedang memandangnya redup. Air mata mengalir semakin laju. Tangannya naik menekup wajahnya sendiri.
"Stop crying. It hurts me," arah Firash. Dia bangun walaupun masih terasa sakit di bahagian abdomennya. Bibir bawah diketap kuat melarang sebarang bunyi keluar dari bibir. Keningnya yang lebat berkerut menandakan bahawa dia sedang dalam kesakitan.
Dengan menggunakan tenaga yang ada, dia bangun dan duduk bersandar pada kepala katil hospital. Matanya melihat gadis itu. Masih lagi menangis. Kemudian, matanya beralih melihat ke arah Mark yang sedang lena tidur. Bibir disengetkan. Kau dekat mana mana pun boleh tidur.
Kemudian matanya dipejam erat apabila mendengar tangisan yang semakin menjadi-jadi itu. Tangannya mengepal buku lima dengan kuat sehingga menampakkan urat pada tangan dan juga lengannya.
"Saya risau." Lemah Farren berkata. Tangannya baik menghapus air mata sendiri. Habis basah tudungnya. Wajahnya juga sudah merah lebih-lebih lagi di bahagian mata dan hidung.
"Aku tahu. Berhenti menangis," arah Firash lagi. Farren hanya diam memandang wajah pucat itu. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Membiarkan mata mereka yang berbicara.
Saat ini, mereka dapat rasa bahawa perasaan mereka sama. Tak tahu macam mana, tapi perasaan ini amat indah.
DIA mengerutkan keningnya apabila melihat nombor yang tidak dikenali muncul di skrin telefon mahalnya. Tanpa ragu, dia tekan punat yang bewarna hijau dan lantas telefon itu diletakkan pada telinga kirinya.
Berkerut kening Firash apabila mendengar suara seorang perempuan. Dia melihat sekilas skrin telefonnya. Tak lama, Firash mengukir senyuman nipis. Oh, adik sepupunya yang menghubunginya.
"Abang Rash okay. Tak perlu balik Malaysia. Habiskan dulu study tu," kata Firash tanpa nada. Menghalang adik sepupunya yang ingin pulang ke Malaysia akibat dirinya yang ditimpa sedikit kemalangan. Firash garu kening apabila dia mula mendengar tangisan adik sepupunya.
"Dah lah. Abang okay." Firash mengeluh perlahan. Dia malas mahu memujuk. Firash hanya anggukkan wajahnya berkali-kali. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia bosan. Tak lama, panggilan mati. Terus Firash meletakkan telefonnya di tepinya.
"Haih, macam-macam!" gumamnya. Kemudian dia memandang rakan-rakannya yang dari tadi sedang melihat dirinya. Keningnya dijongketkan. Bagai bertanya 'pahal pandang-pandang aku?'
Firash menoleh apabila kedengaran pintu dibuka. Wajahnya yang bersahaja tadi berubah menjadi sedikit ceria. Agak teruja apabila melihat tubuh Farren yang berhenti betul-betul di depan pintu. Mungkin terkejut melihat ramai lelaki di dalam bilik ini. Sudah lah, semua berpakaian serba serbi hitam.
"Come." Farren melangkah perlahan menapak ke arah Firash. Mata melihat lima lelaki itu. Yang dia kenal hanyalah dua. Mark dan Steve. Dan lelaki yang menangkap orang yang telah menikam Firash semalam. Yang lain tak tahu. Tak kenal. Farren hanya senyum nipis. Aura mereka menyeramkan. Juga menakutkan!
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
Romans[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...