𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 6

44.4K 2.3K 249
                                    

Farren senyum puas tatkala melihat bilik tidurnya yang sudah kemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farren senyum puas tatkala melihat bilik tidurnya yang sudah kemas. Tangannya naik mengelap peluh di dahi. Penat tapi berbaloi. Bilik yang kosong tadi sudah penuh dengan perabot-perabot. Farren membongkok sedikit mencapai frame yang diletakkan di dalam kotak.

Frame tersebut kemudian di letakkan di atas meja makeupnya beriringan gambar dirinya. Wajah cantik ibu dan wajah cantik abah berain di minda. Farren senyum bahagia.

Ibu, abah... Kakak dah jadi doktor praktikal. Ada rezeki, kakak akan jadi doktor tetap.

Dapat dia rasakan bahawa ibu abahnya melihat dirinya dengan senyuman bangga di bibir. Dia tidak sedih. Dia bahagia! Bahagia kerana dapat kejayaan yang ibu dan bapanya impikan. Kejayaan seorang anak.

Tak menyedari, air matanya jatuh ke pipi mulusnya. Mata masih melekap pada gambar tersebut. Teringat pua kenangan bagaimana gambar tersebut diambil. Sewaktu itu, abah membawanya cuti di Langkawi kerana dia mendapat keputusan UPSR yang cemerlang.

Walaupun tidak jauh dan hanya berada di dalam Malaysia, dia tetap berasa bahagia. Bahagia kerana keluarganya meraikan kejayaannya dengan bangganya.

Malangnya, dia tidak dapat mengulang kembali waktu itu. Dia kini berjaya seorang diri. Tiada ibu, dan tiada abah. Tak apa... Takdir Tuhan itu indah.

Unknown Number is calling ~

Terjongket sebelah keningnya. Ragu-ragu dia ingin menjawab panggilan. Risau jika orang yang berniat buruk menghubunginya. Kan sekarang viral dengan scammer ni. Tak ke naya bila dia jadi salah seorang mangsa mereka?

"Assalamualaikum." Perbualan dimulakan dengan salam. Kemudian, keningnya semakin berkerut. Haih, kenapa tak jawab salam? Tak dengar apa-apa pun. Salah nombor ke?

"Hello, assalamualaikum. Siapa ya?" Farren menyoal dengan sopan. Tiba-tiba, hatinya rasa mahu meletup. Ini apa masalah manusia sekarang? Bagi salam, tak dijawab salam. Tanya soalan pun, senyap. Bisu ke?

"Kalau awak tak nak bercakap saya tutup ya. Terima kasih sebab dah buang masa saya." Farren membidas geram. Belum sempat dia mematikan talian, bulu romanya menegang tatkala mendengar suara orang yang sedang ketawa. Sinis!

"Little girl. You are being sarcastic you know."

"Anyways, it's my pleasure to waste your time, little girl." Farren terdiam. Mulutnya bagai dikunci. Tidak mampu membalas dengan kata-kata malah badannya yang bercakap. Menggigil! Takut!

"I want you to remember me. I am the one who will hunt your whole life."

"The games, started little girl. Be ready..." Talian dimatikan tanpa mendengar balasan Farren. Telefon yang ditekap di telinga jatuh menyembah karpet yang berbulu. Tangannya menggigil. Badannya kaku.

Siapa?

Kenapa dia kata mahu memburu hidupnya?

Farren duduk di atas katil. Mulut terkumat-kamit menyebut nama-nama Allah. Cuba menenangkan diri. Telefon di atas karpet dicapai lantas nombor seseorang di dail. Mata terpejam erat.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now