Mereka kini sudah kembali ke rumah keluarga Firash. Masing-masing saling mengusik pengantin baru itu dan membuatkan Farren menyorokkan wajahnya di lengan sasa Firash. Lelaki itu hanya ketawa kecil dan kembali membuat wajah bersahaja. Farren kerling lelakinya. Tak rasa apa-apa ke suaminya ni? Tak rasa segan ke kena usik?
"Sudah la, Alia... Kesian Nay tengok Farren. Dah merah dah tu mukanya." Mommy memberhentikan mak ngah daripada terus mengusik anak menantunya. Mak ngah ketawa begitu juga yang lain. Farah yang berada di situ hanya membuat muka geli. Rosak telinga dan fikiran polos aku!
Kemudian, mommy dan mak ngah ke dapur untuk menyediakan makanan tengah hari. Farren mahu menolong tapi dicegah oleh mereka. Kata mereka, Farren harus rehat. Gadis itu bingung. Rehat apanya? Dah rehat semalam. Tapi dia mengalah juga. Dia mula mengajak Farah berbual. Firash pula hanya mendengar.
Kemudian, lelaki memandang wajah Farren yang sedang seronok berbual bersama adiknya. Bibirnya melakar senyuman manis tatkala melihat Farren yang sedang ketawa gembira. Namun, tanpa mereka sedar ada seseorang yang memerhati Firash dengan wajah cemberut.
"Abang, fokusnya. Pandang apa je?" tanya Farah. Agak terganggu. Walaupun lelaki itu pandang isterinya, dia yang rasa gelisah. Juga pelik kerana abangnya tidak pernah melihat sesiapa begitu. Firash melihat Farah pula dengan kening yang dijongketkan. Farah juling mata ke atas.
"Pandang bidadari. Cantik. Tenang aje tengok," balas Firash tidak bernada. Matanya masih melihat sisi wajah isterinya. Sebaik sahaja Farren berpaling, mereka bertentang mata. Malu-malu gadis itu. Farah mencebik menyampah. Tapi, jauh di sudut hati dia gembira buat abangnya dan Farren.
"Abang Rash!" Mereka bertiga toleh serentak apabila mendengar suara perempuan. Farah menayangkan riak wajah menyampah apabila melihat seorang gadis berlari ke arah mereka. Firash bangun dari duduk begitu juga Farren akibat ditarik sekali. Matanya mengecil apabila melihat gadis yang semakin hampir itu bagai hendak melompat memeluk Firash.
Firash dengan pantas ketepi menyebabkan gadis itu hampir-hampir jatuh tersembam. Farah kemam bibir menahan ketawa manakala Farren tayang wajah blur. Apa jadi? Siapa perempuan ni? Tiba-tiba, hatinya rasa panas. Dah kenapa nak peluk suami orang?
"Abang..." Belum sempat gadis itu merengek, Firash memotong.
"Sayang, introduce my cousin. Aisyah Nabilah. Dia ada kakak kembar, Aisya Kasih." Kata Firash seraya menunjukkan ke arah keberadaan Aisya Kasih yang berada tidak jauh. Kepalanya digeleng melihat perangai adik kembarnya. Gedik!
Farren mengangguk seraya menghulurkan tangannya. Dengan lambat, Aisyah menyambut huluran itu. Bibirnya mengukir senyuman paksa. Panas hatinya tatkala apabila melihat tangan Firash yang melingkari pinggang itu.
"Farren. Farren Melissa." Farren memperkenalkan diri. Dia senyum kekok. Bukan apa, dia tahu senyuman gadis itu palsu. Lihat sahaja matanya yang tajam mengerling tangan Firash yang berada di pinggangnya.
YOU ARE READING
EDITING | His Obsession
Romance[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas ole...