𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 5

43.8K 2.3K 140
                                    

Farren berdehem perlahan apabila dirinya berasa agak tidak selesa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farren berdehem perlahan apabila dirinya berasa agak tidak selesa. Dia rasa bagai mangsa yang ditenung oleh pemangsa. Sangat menyeramkan! Namun, gadis itu hanya beriak biasa dan meneruskan tugasnya menghidangkan mihun goreng untuk dijadikan sarapan. Wajah ditunduk supaya Ju dan Syalina tidak dapat melihat wajahnya.

"Tak payah sorok, Farren. Muka kau dari jauh dah nampak sembab," kata Syalina perlahan. Farren hanya tersenyum nipis. Bukan dari jauh, tapi memang sifat Syalina yang cepat perasan akan perubahan pada dirinya. Ju pula hanya diam, duduk di atas kerusi meja makan dan merenung mihun yang tampak enak. Perutnya sudah berkeroncong hebat.

"You're crying, again." Ayat penyata keluar dari bibir cantik Lina. Wajahnya hanya beriak biasa membuatkan Farren berasa agak gugup. Seram pula!

"Kau boleh nangis. Crying isn't a weakness. But, it shows how strong you are. Tapi sedih berlebihan juga tak elok," pesan Ju lembut. Tak mahu membuat Farren terasa.

"You look pale. Mata kau nampak sangat bengkak." Risau Syalina berkata. Farren hanya menggelengkan kepala menandakan dirinya berada dalam keadaan baik sahaja. Semalam, bukan lah sesuatu yang baru buat dirinya. Cuma, dia terlebih emosi pula.

"Jangan risau. I'm good." Farren berkata meyakinkan mereka. Pinggan yang sudah terisi mihun dihulurkan kepada Ju dan Syalina. Dia juga sama-sama duduk menikmati sarapan pagi.

"Aku risau nak tinggal kau Farren," kata Ju tiba-tiba. Ju akan pulang ke Kelantan. Dia sudah mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat di sana. Farren hanya senyum. Rasa suka berdandang di hati. Rasa seperti disayangi.

"Iya, aku pun. Kau okay tinggal seorang dekat Kuala Lumpur ni?" Syalina juga turut meluahkan rasa bimbangnya. Syalina juga bakal pulang ke Kelantan. Dia bakal menjalani praktikalnya di hospital besar yang terletak di sana. Farren pula dapat menjadi doktor praktikal di Kuala Lumpur. Dekat sahaja dengan rumahnya. Farren juga berasal dari Kelantan, tetapi sebaik sahaja dia keluar dari rumah anak yatim dia membuat keputusan untuk tinggal di bandar besar ini. Tidak mudah pada mulanya. Dia bagaikan rusa masuk bandar. Tak tahu apa-apa dan agak jakun.

Sehari berada di bandar mewah ini, Farren sudah mendapat tawaran pekerjaan sebagai seorang pembantu di kedai makan. Alhamdulillah, duit yang dikumpulnya digunakan untuk membiayai kos pembelajarannya. Lihat kini? Dia sudah hampir mencapai impiannya sewaktu kecil.

"I'm okay. Remember, I used to stay alone for almost eight year," kata Farren. Bukan niatnya untuk meminta simpati cuma, ingin memberitahu bahawa dia baik-baik sahaja di sini. Bukan lah dirinya tidak berasa bersendirian. Malah, terlebih biasa!

"Aku bukan nak cakap yang kau orang tak pernah ada, cuma aku kena sedar kau orang ada keluarga. Takkan nak tinggal sini semata-mata nak teman aku?" sambung Farren lagi. Dia tak mahu merampas masa mereka untuk keluarga masing-masing.

"Selagi ada keluarga, lebih baik luangkan masa dengan mereka. Kita tak tahu sama ada kita boleh luangkan lagi masa bersama mereka ataupun tidak." Farren memberi pesan. Bukan dia tidak tahu, salah seorang daripada mereka akan mengatakan bahawa dia akan berada di sini dan menemani Farren.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now