𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 31

26.8K 1.7K 274
                                    

Dengan susah payah, dia cuba menuruni anak tangga rumah agam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan susah payah, dia cuba menuruni anak tangga rumah agam itu. Farren hanya senyum pasrah. Baru sahaja dia ingin menuruni satu lagi anak tangga, terasa bahunya dirempuh kuat.Mujur sahaja tangannya sempat berpaut pada pemegang anak tangga. Jika tidak, dia mungkin akan tergolek jatuh.

Farren menoleh wajahnya. Dia mengeluh dalam diam apabila melihat wajah gadis itu. Cemberut sahaja wajah itu. Dia hanya diam tidak bersuara. Kang kalau bersuara mahu dia mati sebab kena tolak jatuh tangga.

Aisyah tunduk melihat kaki Farren yang elok dibalut. Tak lama, dia ukir senyuman sinis. Mata kembali melihat wajah bersih Farren. Wajahnya kini bertukar sinis. Amat sinis membuatkan Farren rasa sedikit terancam.

"Ka..."

"Sayang?" Farren mengeluh lega. Dia lambai tangannya ke arah Firash yang sedang mendaki anak tangga mendekati dirinya. Aisyah pula hanya statik di tempatnya berdiri. Matanya masih sinis memandang Farren.

"Kan abang dah kata jangan turun," marah Firash lembut. Farren hanya senyum manis seraya menggelengkan wajahnya. Bosan lah dia duduk di bilik sorang-sorang. Baik dia teman Firash di dapur.

'Mel nak teman abang masak." Firash senyum dan jatuhkan wajahnya. Tanpa amaran, dia terus mencempung tubuh kecil itu. Terjerit kecil Farren dibuatnya. Firash ketawa kecil dan mengetatkan pelukan pada pinggang ramping isterinya.

Mata menoleh seketika ke arah Aisyah yang sedang mengetap bibir. Geram!

"Behave!"

Aisyah melihat Firash yang sudah berlalu pergi. Dia mencebik. Dia kemudian kembali ke biliknya. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah jua. Hatinya berasa dicengkam erat. Sakit. Sakit sangat!

"Bahagia dulu puas-puas."

Farren didudukkan di atas kerusi dapur. Baru sahaja dia ingin berdiri, badannya ditolak lembut supaya duduk. Mata Firash tajam memandangnya. Bagai memberi amaran. Kau bangun, kau kena! Farren senyum nipis seraya menggelengkan kepalanya.

"Degil. Abang suruh duduk dalam bilik aje kan?" Mahu marah tapi melihat wajah yang polos memandangnya itu, jadi sejuk hati. Tak boleh marah! Tak mampu.

"Bosan abang," keluh Farren perlahan. Dia memuncungkan bibirnya. Tak betah duduk di dalam bilik lama-lama. Firash tundukkan sedikit wajahnya supaya dia boleh melihat wajah isterinya dengan lebih jelas. Mata coklat milik Firash merenung dalam mata sang isteri.

Firash senyum senget sebelum tangannya naik mengusap lembut pipi gebu isterinya. Dia kemam bibir apabila melihat wajah yang sudah kemerahan itu. Dia tahu isterinya malu. Dan dia suka melihat wajah yang sedang menahan malu itu.

"Abang risau Aisyah apa-apakan awak lagi. Nasib baik abang datang tadi. Kalau tak?" Lembut sahaja suara itu berkata. Risau jika isterinya diapa-apakan lagi. Jika itu berlaku lagi, dia mungkin tidak mampu mengawal barannya.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now